‘Nenek’ Orang Asli fasih cakap Inggeris dengan pelancong asing
‘Nenek’ Orang Asli fasih cakap Inggeris dengan pelancong asing
Keramahan seorang warga emas Orang Asli yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris undang rasa kagum orang ramai.
Perkongsian sebuah video di akaun TikTok @ryoq_radak, memaparkan seorang ‘nenek’ yang mesra berbual dengan pelancong asing yang melancong di kawasan kampung mereka.
Selepas video itu telah tular, majoriti orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah rasa kagum dengan intelektual warga emas tersebut biarpun tinggal di pedalaman
“Hebatnya makcik, itulah bukti bahawa pelajaran dalam Malaysia sudah membatasi segenap ceruk kampung,” komen seorang pengguna TikTok.
“Dia bercakap dalam gaya bahasa yang betul dan kelihatan tidak kekok sekali, kalau nenek pun boleh, orang muda apatah lagi, utamakan bahasa Melayu dan belajar bahasa lain juga untuk pengetahuan,” komen pengguna TikTok yang lainnya.
Dalam sudut lain, terdapat juga orang ramai yang berpendapat kebanyakan warga emas memang fasih berbahasa asing kerana mereka dahulunya bersekolah pada zaman British dan banyak aliran Inggeris.
“Dahulu banyak aliran Inggeris, semua subjek menggunakan bahasa Inggeris kecuali agama Islam dan bahasa Melayu,” tulis pengguna TikTok itu.
“Arwah ayah saya pun fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dengan adik-beradiknya sebab dahulu tahun 60-an, dia sekolah orang putih, majoriti orang lama pandai berbahasa Inggeris,” komen pengguna yang lainnya.
Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 300,000 tontonan, 14,700 tanda suka dengan 252 perkongsian dan dihujani dengan pelbagai komen daripada orang ramai. K Online
‘Nenek’ Orang Asli fasih cakap Inggeris dengan pelancong asing
Baca Artikel Menarik:
- Pandangan Musa Hassan tentang kemelut politik buat ‘mereka’ terpukul
- Dewan Tertinggi BN putuskan untuk kekal sebagai pembangkang – Ismail Sabri
- Komponen parti terikat undang-undang anti-lompat
- Gerakan ‘kerajaan pintu belakang’ sedang bergerak secara senyap – Razlan
- Agong perlu lantik PM kerajaan minoriti, jika tiada penyelesaian kukuh
- Kerajaan Perpaduan: 10 Exco Perak angkat sumpah
- Anwar nak pergi mana tu?
- Peluang UMNO untuk bangkit tipis sekiranya bersama PN – Hamidah
- Usah dirindu calon lama, popular yang tersungkur
- Harap PN tidak cari BN di Pahang
- Abang Jo demands 10pc of federal development fund be allocated to Sarawak
- ‘Ketakutan’ terhadap PAS jadi halangan GPS kerjasama PN
- Momok 13 Mei hantui TikTok lepas hari undi
- Hantu pesakit berjalan menembusi pintu hospital selepas meninggal dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cara Hilangkan Dakwat Mengundi