Mayat manusia ditemui dalam 53 beg plastik sampah
Kira-kira 53 beg plastik sampah berisi mayat manusia dikeluarkan dari sebuah kubur di bandar Irapuato, Mexico sejak akhir Oktober lalu, dengan kerja-kerja penggalian bermula selepas penduduk tempatan melaporkan melihat seekor anjing merayau-rayau sambil menggonggong tangan manusia.
Menurut akhbar USA Today, Irapuato yang terletak dalam negeri Guanajuato, mempunyai kadar pembunuhan tertinggi antara kesemua 32 negeri di Mexico.
Keganasan sering tercetus akibat persengketaan bertahun-tahun antara kartel dadah Jalisco dan Sinaloa.
Menurut pengasas sebuah organisasi yang mencari orang hilang, Bibiana Mendoza, dia pergi ke bandar Irapuato untuk mencari saudara lelakinya selepas mendengar beberapa laporan mengatakan bahawa terdapat anjing merayau-rayau sambil membawa tangan manusia.
Mendoza, 32, kini bekerjasama dengan pakar-pakar forensik untuk mengenal pasti identiti mayat yang ditemui di dalam 53 beg sampah itu.
“Ketika orang ramai datang dari seluruh dunia untuk menonton acara Cervantino (festival seni antarabangsa di kawasan tersebut), kami menggali mayat dan pada masa sama, saya berpendapat perbuatan kami ini hanya sia-sia kerana lebih ramai mangsa ditanam di kawasan-kawasan lain di bandar ini,” kata Mendoza.
Beberapa pertempuran ganas tercetus antara kartel dadah dengan agensi penguat kuasa undang-undang di negeri Guanajuato sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Dalam kejadian berasingan, sebilangan anggota sebuah kartel dadah terbunuh Ahad lalu semasa menyerang balai polis di Celaya iaitu sebuah pekan yang terletak kira-kira 64 kilometer ke timur Irapuato. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pandangan Musa Hassan tentang kemelut politik buat ‘mereka’ terpukul
- Dewan Tertinggi BN putuskan untuk kekal sebagai pembangkang – Ismail Sabri
- Komponen parti terikat undang-undang anti-lompat
- Gerakan ‘kerajaan pintu belakang’ sedang bergerak secara senyap – Razlan
- Agong perlu lantik PM kerajaan minoriti, jika tiada penyelesaian kukuh
- Kerajaan Perpaduan: 10 Exco Perak angkat sumpah
- Anwar nak pergi mana tu?
- Peluang UMNO untuk bangkit tipis sekiranya bersama PN – Hamidah
- Usah dirindu calon lama, popular yang tersungkur
- Harap PN tidak cari BN di Pahang
- Abang Jo demands 10pc of federal development fund be allocated to Sarawak
- ‘Ketakutan’ terhadap PAS jadi halangan GPS kerjasama PN
- Momok 13 Mei hantui TikTok lepas hari undi
- Hantu pesakit berjalan menembusi pintu hospital selepas meninggal dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cara Hilangkan Dakwat Mengundi
You must be logged in to post a comment.