Melaka nafi campur tangan bukan Islam lantik jawatankuasa masjid

Melaka nafi campur tangan bukan Islam lantik jawatankuasa masjid

MELAKA: Pihak kerajaan negeri menafikan urusan umat Islam, terutama melibatkan pelantikan jawatankuasa surau dan masjid, akan dicampur tangan oleh bukan Islam.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Rahmad Mariman berkata, sangat jelas terdapat kekeliruan dalam pemahaman tentang kaedah pelantikan jawatankuasa masjid dan surau di Melaka.

“Bukan Islam tidak boleh masuk campur, kerana kami (Islam) juga tidak ikut campur urusan lain-lain agama,” katanya.

“Saya juga tidak akan membenarkan perkara ini berlaku dan saya akan buat siaran (penerangan) yang lebih jelas, agar isu ini tidak dipolitikkan.

Terdahulu Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui pekeliling bertarikh 25 Okt lepas memaklumkan, Adun kawasan bukan Islam boleh mencadangkan senarai jawatankuasa dengan sokongan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan kampung (JPKK) atau Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) beragama Islam.

Ketetapan itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 11 Okt, bagi urusan pelantikan baharu jawatankuasa masjid dan surau sesi 2024-2026. FMT

Melaka nafi campur tangan bukan Islam lantik jawatankuasa masjid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah

5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker