Muhyiddin akui teringin jadi PM lagi
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sudah lama bersedia untuk kembali menjadi Perdana Menteri kali kedua sekiranya gabungan itu menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Muhyiddin berkata, antara sebab beliau layak menjadi Perdana Menteri sekali lagi adalah berdasarkan ‘track record’ mengemudi negara selama 17 bulan dan jawatan-jawatan yang pernah dipegang dalam negara sebelum ini.
“Saya sudah sedia lama (untuk menjadi Perdana Menteri kali kedua). Saya sudah mulakan kerja sewaktu terpilih menjadi Perdana Menteri dalam tempoh 17 bulan.
“Latar belakang, rekod pencapaian di kementerian yang diterajui dan jawatan-jawatan penting baik di kementerian, timbalan menteri dan sebagai menteri besar, saya bukan nak dabik dada angkat bakul sendiri, tetapi itu rekod prestasi saya,” katanya ketika ditemu bual dalam program Sinar Live ‘Cukup-cukuplah fitnah PN’ pada Rabu.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, sekiranya diberi peluang menjadi Perdana Menteri sekali lagi, beliau masih mampu berfikir dan bertindak cepat.
Katanya, ia bukti khusus yang boleh jadi sandaran keupayaan PN untuk terajui negara.
“Jadi profil saya, orang kata ‘resume’ di hadapan saya itu saya fikir lebih daripada layak kalau diberi peluang,” katanya.
Pada 10 Oktober lalu, PN dilaporkan mengesahkan Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-10 jika gabungan itu memenangi PRU15.
Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr Dominic Lau yang juga Presiden Gerakan dilaporkan berkata, tiga parti komponen termasuk Bersatu dan Pas sepakat terhadap ketetapan memilih Pengerusi PN itu sebagai Perdana Menteri.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hubungan PAS-Bersatu seperti kahwin mutaah
- Ismail patut cabar Zahid jawatan presiden Umno – Khairy
- Hamzah ‘tersedak’ tengok rombongan jentera BN
- Anwar yang mula burukkan orang Melayu, bukan saya – Mahathir
- Muhyiddin bidas Takiyuddin, bengang dengan kenyataan isu kerjasama dengan BN
- Lembah Pantai, Marang boleh kembali kepada BN?
- Tidak yakin dapat majoriti, PN kata mahu bentuk kerajaan dengan BN – Takiyuddin
- IQ Yusuf atasi Einstein dan Hawking
- ‘Saya tiada rumah, harta, anak, ibu bapa, malah semuanya tiada’ – Zaiton Sameon
- Jangan lupa Bersatu pernah bersama PH
- PRU15: Tsunami pengundi muda tidak akan berlaku besar-besaran
- Tetak buaya, Polis buru dua remaja
- Muhyiddin tak percaya PN
- BN pilihan utama ‘rawat’ Malaysia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?