PADU Bukti BN Parti Berorientasikan Rakyat, Dukung Aspirasi Majukan Negara

#PRU15

PADU Bukti BN Parti Berorientasikan Rakyat, Dukung Aspirasi Majukan Negara

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah meluahkan kesyukuran dengan Perancangan Amal dan Usaha (PADU) yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 7 Nov lalu.

Katanya, PADU mencakupi semua lapisan masyarakat ternyata membawa manifestasinya tersendiri sekaligus membuktikan BN sebagai parti yang mendukung hasrat rakyat.



“BN adalah parti yang berorentasi kepada rakyat, PADU ditawarkan memang sangat bagus, penghargaan kepada Presiden memang beliau tahu itu semua adalah kehendak rakyat.

“PADU ini tidak dibuat begitu sahaja kerana saya percaya kajian menyeluruh dibuat, termasuk data-data yang mencukupi untuk pelaksanaannya saya rasa ketika ini PADU adalah terbaik buat rakyat Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut berkenaan ini, Shah Headan berkata berlainan seperti BN, parti lain terutama Pakatan Harapan (PH) pada ketika ini dilihat bimbang membawa terma manifesto mereka kerana kegagalan dalam menunaikannya semasa pentadbiran 22 bulan lalu.

Katanya, ini termasuk Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kedatangannya ke Balik Pulau tidak mengulas berkenaan manifesto mereka namun beralih kepada tumpuannya untuk menjadi Perdana Menteri.



Terdahulu, PADU yang diumumkan BN sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini menekankan tawaran baharu yang segar atau ‘a new and fresh deal’ kepada rakyat Malaysia.

Menurut Ahmad Zahid ketika pengumuman PADU berkata ianya bukan sekadar janji-janji manis atau tentang segala-galanya percuma sebaliknya adalah pelan yang serius dan rasional.

Sementara itu, Shah Headan yang juga Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau pada masa sama berharap rakyat untuk tidak terpedaya lagi dengan propaganda dibawa pembangkang pada PRU15 ini.

Katanya ini termasuk calon Perdana Menteri BN yang sengaja ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab iaitu pembangkang.



“Orang yang kata itu adalah musuh kita, mereka sebar sebab hendak bagi pengundi percaya tetapi untuk yang faham organisasi ini keputusan sudah dibuat, Presiden bukan calon Perdana Menteri, kerana ‘poster boy’ kita adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Keputusan itu (calon Perdana Menteri) bukan daripada Presiden, kerana badan tertinggi sekali adalah Mesyuarat Agung Khas yang mana lebih tinggi daripada Majlis Kerja Tertinggi.

“Tiada lagi persoalan berbangkit kerana orang bertanya ini adalah pihak yang sengaja sebab dia nak cakap apa lagi? Tiada isu pun berkenaan UMNO/BN ini,” ujar beliau.

Untuk rekod, Shah Headan pada PRU15 ini akan berdepan dengan saingan enam penjuru iaitu calon daripada PH, Perikatan Nasional, Pejuang serta dua Bebas. – UMNO Online




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?



Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz

Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker