Najib kesal dakwaan beliau akan dibebaskan jika BN menang

#PRU15

Najib kesal dakwaan beliau akan dibebaskan jika BN menang

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kesal dengan dakwaan bahawa beliau akan dibebaskan segera melalui pengampunan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakil Najib, berkata anak guamnya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Menurutnya, Najib secara konsisten sejak perbicaraannya bermula pada 2018 mahu dibebaskan melalui proses kehakiman di mahkamah kerana ingin membuktikan integriti dan legasinya.

“Anak guam kami sangat kecewa terhadap penggunaan namanya dalam propaganda politik tidak berasas biarpun sudah dipenjarakan.

“Najib yakin peluang beliau untuk dibebaskan dari penjara adalah melalui permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan sejajar dengan Peraturan 137 dan Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Muhammad Shafee lagi, Najib kekal menyatakan bahawa beliau tidak bersalah dan tidak pernah menggunakan RM42 juta bagi dirinya dan meminta atau ditawarkan sebagaimana digambarkan dalam perbicaraan SRC.

Menurutnya, Najib tidak pernah dan tidak akan meminta semua pertuduhan terhadapnya digugurkan tanpa melalui proses kehakiman yang adil dan seimbang.

“Selain itu, Mahkamah Tinggi, semalam, mengekalkan bahawa semua barangan yang disita pada 2018 bukan hasil dari aktiviti haram tetapi hadiah yang diberikan kepada anak guam kami dan keluarganya oleh kenamaan, ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Sehubungan itu, anak guam kami menggesa supaya semua seteru politik tidak lagi menggunakan namanya bagi propaganda politik dan membenarkan proses perundangan dan kehakiman yang adil serta seimbang dapat dilaksanakan. E9

Najib kesal dakwaan beliau akan dibebaskan jika BN menang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?

Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz

Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker