Jeff Bezos mahu derma sebahagian besar kekayaan
Jeff Bezos mahu derma sebahagian besar kekayaan
Buat julung kalinya, Pengasas Amazon, Jeff Bezos meluahkan hasratnya untuk memberikan sebahagian besar daripada kekayaannya yang bernilai AS$124 bilion (RM569.14 bilion) kepada badan amal.
Ikrar jutawan itu selari dengan komitmen sama beberapa orang terkaya di dunia termasuk Bill dan Melinda Gates serta Elon Musk.
Dalam temu bual CNN yang disiarkan semalam, Bezos,58, berkata dia dan pasangannya Lauren Sanchez sepakat untuk menyumbang wang berkenaan.
Katanya, dia juga berniat memberikan sebahagian besar kekayaannya yang dimilikinya.
“Kita bukan mudah… Membina Amazon bukanlah mudah… saya rasa Lauren berfikir perkara sama iaitu badan amal dan dermawan adalah sangat sama,”
“Terdapat banyak cara yang saya fikir anda boleh melakukan perkara yang tidak berkesan,” katanya.
Bezos sebelum ini melabur AS$10 bilion (RM45.90 bilion) untuk menubuhkan Dana Bumi Bezos yang dilancarkannya pada 2020 untuk membantu memerangi perubahan iklim dan memelihara hidupan liar.
Bezos berada di bawah tekanan untuk membuat ikrar berkenaan selepas bekas isterinya, MacKenzie Scott mahu mendermakan separuh kekayaannya selepas perceraian mereka pada 2019.
Dia mendaftar untuk sesuatu yang dipanggil Giving Pledge, satu inisiatif yang dicipta pada tahun 2010 oleh Gates dan Warren Buffet yang membuat orang terkaya di dunia komited untuk memberikan sebahagian besar kekayaan mereka kepada tujuan amal.
Giving Pledge itu kini memiliki lebih 230 penanda tangan dari 28 negara termasuk Putera Arab Saudi, Alwaleed Talal dan ahli perniagaan keluli Rusia, Vladimir Potanin.
Sumber memberitahu CNN, Bezos berhasrat untuk memaksimumkan pulangan dalam aktiviti dermanya iaitu sama dengan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dengan menjadi penandatangan kepada Giving Pledge.
Bezos meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Amazon pada 2021 serta memiliki Washington Post dan syarikat pelancongan angkasa, Blue Origin. HM
Jeff Bezos mahu derma sebahagian besar kekayaan
Baca Artikel Menarik:
- Hubungan PAS-Bersatu seperti kahwin mutaah
- Ismail patut cabar Zahid jawatan presiden Umno – Khairy
- Hamzah ‘tersedak’ tengok rombongan jentera BN
- Anwar yang mula burukkan orang Melayu, bukan saya – Mahathir
- Muhyiddin bidas Takiyuddin, bengang dengan kenyataan isu kerjasama dengan BN
- Lembah Pantai, Marang boleh kembali kepada BN?
- Tidak yakin dapat majoriti, PN kata mahu bentuk kerajaan dengan BN – Takiyuddin
- IQ Yusuf atasi Einstein dan Hawking
- ‘Saya tiada rumah, harta, anak, ibu bapa, malah semuanya tiada’ – Zaiton Sameon
- Jangan lupa Bersatu pernah bersama PH
- PRU15: Tsunami pengundi muda tidak akan berlaku besar-besaran
- Tetak buaya, Polis buru dua remaja
- Muhyiddin tak percaya PN
- BN pilihan utama ‘rawat’ Malaysia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?
Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz