Ismail bidas pemimpin PN, mereka tidak berpijak di bumi yang nyata
#PRU15
Ismail bidas pemimpin PN, mereka tidak berpijak di bumi yang nyata
Perdana Menteri Sementara Ismail Sabri Yaakob membidas pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang melabelkan pentadbirannya sebagai kerajaan gagal, dengan mendakwa mereka itu tidak berpijak di bumi nyata dan menuduh tanpa sebarang fakta.
Ismail Sabri berkata ketika dia mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin, keadaan politik negara adalah huru-hara manakala kes jangkitan Covid-19 berada pada tahap tertinggi dalam sejarah.
Memetik perangkaan pesat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pengurangan kadar pengganguran serta pemulihan ekonomi negara sejak dia menjadi perdana menteri, penyandang kerusi Parlimen Bera itu mahu sekutu pentadbirannya yang kini bertukar menjadi seteru untuk menunjukkan bukti mereka.
“Masa saya ambil alih dari Muhyiddin, bilangan pesakit Covid 24,000 kes tertinggi dalam negara.
“Kematian beratus (orang) satu hari, hospital, katil hampir tak cukup. Covid teruk, ekonomi merudum dngan teruk.
“Masa dia perintah, huru-hara politik negara. Saya jadi PM, tandangan memorandum antara kerajaan dan PH. Yang tak pernah berlaku dalam sejarah. Macam genjatan senjata.
“Kalau nak main politik, biar. Saya tak main politik, asya cakap dari segi fakta. Kami bekerja untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan peneroka Felda Lasah di dewan serbaguna Semai Bakti di Sungai Siput, Perak hari ini.
Sebelum ini,Pengarah Pilihan Raya PAS Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Ismail Sabri sudah terkeluar daripada perlumbaan pada pilihan raya umum ini kerana tidak lagi mendapat sokongan ahli Umno.
Semasa sesi ceramah, beberapa pemimpin PN juga mendakwa naib presiden Umno itu adalah perdana menteri yang “lemah” dan oleh itu, tidak layak untuk menyambung semula jawatan perdana menteri sekiranya BN menawan semula Putrajaya.
Ditanya sama ada Umno memerlukan “pembersihan” selepas rakan partinya Khairy Jamaluddin membuat kenyataan itu, Ismail Sabri menegaskan bahawa tumpuan kini bukan untuk membincangkan isu dalaman parti.
“Saya tak jelas apa maksud dia. Isu sekarang ialah hadapi isu pilihan raya. Bukan isu dalaman parti.
“Semua calon fokus kerusi masing-masing. Jadi kurangkan polemik bersama kita. Apa pun pandangan dia, saya tak pasti, saya tak ada tanya dia apa maksud dia. Fokus sekarang adalah berkerja untuk menang,” katanya.
Pada 11 Nov lalu, Khairy mengaku tidak menggemari segelintir pemimpin Umno dan mahu membersihkan parti itu jika memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh yang dianggap sebagai kubu kuat PKR.
Dia dipetik sebagai berkata dia mempunyai percaturan lebih besar selepas berjaya menawan Sungai Buloh, iaitu membawa perubahan kepada negara, Umno dan BN, supaya masyarakat Melayu mempunyai wadah politik yang boleh dibanggakan dan terbesar di Malaysia.
“Sekarang ini ramai jumpa dan maklumkan saya, bukan mereka tak suka Umno tetapi kurang berkenan dengan beberapa (individu) dalam Umno.
“Media janganlah pula lagakan saya dengan Presiden (Ahmad Zahid Hamidi) tetapi ini kenyataan dan realitinya. Saya dan rakan lain mahu kembalikan Umno sebagai wadah Melayu yang mulia, bersih, berubah dan memiliki pemimpin bagus dan mampu diberi kepercayaan seperti suatu ketika dahulu,” katanya. Mk
Ismail bidas pemimpin PN, mereka tidak berpijak di bumi yang nyata
Baca Artikel Menarik:
- Hubungan PAS-Bersatu seperti kahwin mutaah
- Ismail patut cabar Zahid jawatan presiden Umno – Khairy
- Hamzah ‘tersedak’ tengok rombongan jentera BN
- Anwar yang mula burukkan orang Melayu, bukan saya – Mahathir
- Muhyiddin bidas Takiyuddin, bengang dengan kenyataan isu kerjasama dengan BN
- Lembah Pantai, Marang boleh kembali kepada BN?
- Tidak yakin dapat majoriti, PN kata mahu bentuk kerajaan dengan BN – Takiyuddin
- IQ Yusuf atasi Einstein dan Hawking
- ‘Saya tiada rumah, harta, anak, ibu bapa, malah semuanya tiada’ – Zaiton Sameon
- Jangan lupa Bersatu pernah bersama PH
- PRU15: Tsunami pengundi muda tidak akan berlaku besar-besaran
- Tetak buaya, Polis buru dua remaja
- Muhyiddin tak percaya PN
- BN pilihan utama ‘rawat’ Malaysia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?
You must be logged in to post a comment.