Pemimpin UMNO tak tersenarai jadi calon jangan sabotaj parti – Penganalisis

#PRU15

Pemimpin UMNO tak tersenarai jadi calon jangan sabotaj parti – Penganalisis

Para pemimpin UMNO yang diketepikan daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak perlu terlalu sensitif sehingga mengenepikan kepentingan parti sendiri.

Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ahli-ahli Parlimen yang digugurkan sepatutnya berjiwa besar dengan memberi peluang pelapis-pelapis baharu untuk menjadi pemimpin seperti mana peluang yang diperoleh mereka dahulu.

“Janganlah sabotaj parti. Macam (Tan Sri) Annuar Musa kata, nak join parti lain pun boleh. Mana boleh macam tu, anda telah berjuang sekian lama dalam BN, tak dicalonkan terus nak keluar parti. Nampak sangat personal interest berbanding kepentingan parti.

”Sepatutnya mereka ini tetap bantu untuk memenangkan parti tapi kalau join parti lain inilah yang menyebabkan parti lemah dan boleh kalah,” katanya.

Pemimpin UMNO yang tidak dicalonkan perlu mengambil iktibar kedudukannya di Kedah, yang mana pada PRU13, parti itu menguasai 21 kerusi dan tinggal tiga kerusi pada PRU14 disebabkan disabotaj teruk oleh ahli-ahli parti sendiri.

“Pemimpin perlu ingat dalam usaha untuk memenangkan parti, tuntutan rakyat pun kena tengok walaupun faktor-faktor ini turut mencetuskan perbalahan dalaman,” tambahnya.

Azizuddin berkata, situasi begini sudah dijangkakan dan ia bukan sahaja berlaku pada UMNO tetapi Pas dan Pakatan Harapan.

Sedangkan katanya, rasa tidak puas hati ini tidak seharusnya berlaku memandangkan UMNO kerap kali menampilkan muka-muka baharu setiap kali pilihan raya.

Penyertaan muka-muka baharu ini bukan kerana kehendak Presiden UMNO tetapi atas permintaan rakyat dan penyokong parti yang mahu calon muda, calon yang mampu membawa imej dan jiwa baharu kepada parti.

Pengundi-pengundi muda juga mahu calon-calon yang dilihat mampu meremajakan UMNO.

Selain daripada faktor ini, Top Five UMNO juga sudah tentu memberi laluan kepada calon-calon yang dirasakan setia dan mendapat kepercayaan mereka.

Apa pun, Azizuddin menyifatkan rasa tidak puas hati ini adalah normal cuma paling penting bagaimana UMNO dapat menangani krisis ini dengan pantas.

“Pada saya, UMNO, BN tak ada masalah nak menang dalam kawasan hardcore tapi macam mana mereka nak uruskan golongan-golongan yang kecewa ini,” ujarnya sambil menambah isu ini tidak akan berpanjangan jika pemimpin-pemimpin yang digugurkan menerima hakikat sistem demokrasi Malaysia yang menawarkan pilihan kepada pengundi.

Lagi pun, katanya, yang memenangkan calon-calon UMNO yang bertanding bukan orang parti sahaja tetapi rakyat yang memilih.

“Dalam konteks UMNO dan BN mungkinlah ada isu tidak sependapat dengan parti tetapi kita juga jangan lupa ada pemimpin yang tak perform pun. Jadi apa salahnya jika parti menonjolkan calon-calon yang lebih credible,” katanya. MG

Pemimpin UMNO tak tersenarai jadi calon jangan sabotaj parti – Penganalisis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker