MIC adakan mesyuarat tergempar hari ini berkaitan PRU15

 

KUALA LUMPUR: MIC akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pendirian parti itu, dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia disahkan Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran ketika dihubungi Bernama semalam bahawa, mesyuarat itu akan diadakan di ibu pejabat MIC di sini, pada 10 pagi.

“Ya kita akan ada buat mesyuarat esok pagi, 10 pagi,” katanya tanpa mahu mengulas butiran perbincangan mesyuarat itu.

Berdasarkan pemerhatian Bernama pada Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi, tiada wakil MIC yang hadir.

BN terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Sumber MIC berkata mesyuarat tersebut akan membincangkan keputusan parti itu mengenai PRU15.

“Apa pun, pendirian MIC mengenai PRU15 akan diputuskan esok,” menurut sumber itu.

MIC dilaporkan bercadang untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen pada PRU15.

Pada PRU14, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah di Perak; Sungai Buloh, Hulu Selangor, Kapar dan Kota Raja (Selangor); Port Dickson (Negeri Sembilan); Segamat (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang).

Bagi PRU15, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini (5 Nov) sebagai hari penamaan calon, pengundian awal (15 Nov) dan hari pengundian pada 19 Nov.

— BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker