Calon BN bersumpah letak jawatan MP jika keluar atau dipecat parti

#PRU15

Calon BN bersumpah letak jawatan MP jika keluar atau dipecat parti

Calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajib meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen sekiranya mereka keluar atau dipecat daripada parti masing-masing.

Ini adalah sebahagian daripada sumpah yang dilafazkan secara terbuka oleh calon BN pada satu majlis di ibu pejabat gabungan itu di Kuala Lumpur malam tadi.



Pengarah pilihan raya BN, yang juga timbalan presiden Umno, Mohamad Hasan mengetuai upacara mengangkat sumpah itu.

Calon-calon itu antara lain berjanji akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta menunaikan tanggungjawab mereka dengan jujur dan amanah.

Sekiranya mereka terlibat dalam salah guna kuasa dan rasuah, sebarang laba atau perbelanjaan akan menjadi “haram seharam-haramnya”.

“Kami bersumpah dengan melafazkan wallahi wabillahi watallahi maka dengan lafaz ini berikrarlah saya dengan sesungguhnya dan dengan sebenar-benarnya mengaku selama-lamanya akan taat setia memelihara, melindungi dan mempertahankan kedaulatan perlembagaan dan undang-undang negara Malaysia.ketika memimpin ikrar berkenaan.



“Jika saya khianat akan amanah yang dikurniakan ini, dengan menyalahgunakan kuasa dengan terlibat dalam rasuah atau menyimpang dalam apa jua bentuk sekalipun untuk mendapat laba dan hasil dunia maka pemilikan dan perbelanjaan yang saya kerjakan itu, adalah haram seharam-haramnya,” ujar mereka.

Calon-calon daripada parti komponen BN bukan Islam turut saya membaca ikrar berkenaan.

Ikrar itu juga menyaksikan calon BN bersumpah bahawa mereka akan mematuhi semua syarat kontrak dengan gabungan itu.

“Bahawa saya juga berbai’iah dan bersumpah untuk mematuhi segala terma-terma dalam kontrak saya dengan parti sebagaimana yang telah ditandatangani serta akan meletakkan jawatan dari menjadi ahli dewan rakyat apabila saya keluar atau dipecat daripada parti,” kata mereka.



Butiran kontrak itu bagaimanapun belum didedahkan kepada umum.

Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan sebelum ini menetapkan bahawa ahli parlimen yang bertukar parti di pertengahan penggal atau menjadi wakil rakyat bebas perlu mengosongkan kerusi mereka.

Bagaimanapun, undang-undang tidak memerlukan ahli parlimen mengosongkan kerusi sekiranya mereka dipecat daripada parti.

Malam tadi, BN mengumumkan barisan calon bagi PRU15 tidak lama lagi. Mk



Calon BN bersumpah letak jawatan MP jika keluar atau dipecat parti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS



Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker