Shahidan tetap akan bertanding atas tiket parti lain
#PRU15
Shahidan tetap akan bertanding atas tiket parti lain
Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang digugurkan oleh Barisan Nasional (BN) daripada pencalonan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengesahkan akan meneruskan hasrat bertanding.
Shahidan berkata, tindakan berkenaan dilakukan selepas kelima-lima nama ‘calon boleh menang’ yang dicadangkan ke pusat tidak diambil peduli oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
“Saya akan bertanding kerana disebabkan faktor ‘calon boleh menang’. Maka disebabkan itulah saya akan terus bertanding.
Tindakan Shahidan dinamik politik
“Bertanding atas tiket apa, saya akan tanya cawangan tetapi mereka lebih pilih parti yang bergerak ke arah Muafakat Nasional bersama PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU),” katanya ketika ditemui di Kubang Gajah, di sini hari ini.
Ditanya sama ada beliau akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib UMNO, katanya, beliau sudah menjangka tindakan disiplin termasuk dipecat daripada parti.
“Saya sudah menjangka kemungkinan itu dan ini bukan parti miliknya yang hanya tahu pecat orang sana sini.
“Apa pun saya tak akan keluar parti tetapi akan meneruskan bertanding atas dasar tiket ‘calon boleh menang’ seperti yang dikehendaki parti,” katanya.
Wakil BN bagi Parlimen Arau ialah bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis dan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman atau dikenali sebagai ‘Tok Ben’. BH
Shahidan tetap akan bertanding atas tiket parti lain
Baca Artikel Menarik:
- Annuar beri bayangan pertahan Ketereh atas tiket parti lain
- Tugas saya bantu BN menang – Khairuddin
- Pornografi punca pelakon Vaishali Takkar bunuh diri
- Kenapa Anwar membisu isu dana RM400 juta Melayu kena potong?
- Nik Amar ‘lipat’ Khairuddin
- Penduduk masih terkejut Anwar bertanding di Parlimen Tambun
- Tidak tercalon: Jika benar pejuang ‘otai’, mereka tidak akan sabotaj dan khianat parti
- Janji Manifesto ‘Kitab Suci’ Hanya Untuk Menipu Rakyat
- Tanpa Mahathir, Anwar dan Muhyiddin Malaysia tidak akan mati!
- Lembu, babi putus kepala dibaham pak belang
- Shahidan tutup bilik gerakan Arau
- ‘Raja playboy’ menuju ke perkahwinan ke 88
- Gadis tular yang ditumbuk didakwa sebagai adik, abang tumbuk kerana marah tinggalkan ibu sakit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir
Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’