Mohd Amar tak pandai tafsir bumi biru Nik Abduh
Mohd Amar tak pandai tafsir bumi biru Nik Abduh
Tindakan anggota parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz memuat naik gambar bumi berwarna biru mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi di alam maya.
Tambahan lagi ia dibuat ketika muncul cakap-cakap namanya tidak tersenarai sebagai calon PAS dalam pilihan raya umum kali ini.
“Madu habis sepah dibuang. Sampai hati depa buat camtu. Macam Depa nak padam legasi ATGNA (allahyarham Nik Aziz Nik Mat),” tulis seorang pengguna Facebook.
Biru merupakan warna yang sinonim dengan BN berbanding PAS yang sering menggunakan warna hijau.
Bagaimanapun di sebalik teka-teki itu, tujuh jam selepas itu dia memuat naik pula nukilan puitis, dilihat bagi “menjelaskan” perkara itu.
Bagaimanapun, susulan bait kata yang berbunga-bunga, niat sebenar dari bait kata-katanya sukar ditafsir.
Berikut tulisan Nik Abduh:
Bumi berpusing
Mencetus siang dan malam
Kehidupan buat manusia
Bumi beredar
Mencetus panorama musim
Kehidupan buat manusia
Hijau nan meluruh
Kembali dengan lebat buahan
Rezeki buat manusia
Biru nan melaut
Kembali dengan sarat muatan
Rezeki buat manusia
Keajaiban alam ciptaan hilang
Dek kebiasaan dan kealpaan
Kerana hati sudah hilang
Pandangan matanya
Lalu hilanglah ibrah dan iktibar.
Wahai insan
Berpusinglah dalam takdir tuhan
Agar mata hati kembali
Melihat keajaiban ciptaan
Mencetus zikir ‘subhaanaka rabbi.
Sementara itu, perkara sama ditimbulkan kepada Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah, di Kota Bharu hari ini.
Bagaimanapun, katanya, “saya pun tidak tahu dan tidak pandai hendak tafsir-tafsir”.
Dia juga enggan mengesah atau menafikan berkaitan spekulasi Nik Abduh tidak tercalon kali ini.
Mohd Amar sebaliknya hanya berkata senarai calon sudah dimuktamadkan dan akan diisytihar pada malam esok.
“Jangan tidur dan tunggu pengumuman yang dibuat,” selorohnya, seperti dilaporkan Berita Harian.
Nik Abduh dilihat antara pemimpin PAS yang cenderung ke arah kerjasama dengan Umno berbanding Bersatu dalam pilihan raya umum kali ini. Mk
Mohd Amar tak pandai tafsir bumi biru Nik Abduh
Baca Artikel Menarik:
- Annuar beri bayangan pertahan Ketereh atas tiket parti lain
- Tugas saya bantu BN menang – Khairuddin
- Pornografi punca pelakon Vaishali Takkar bunuh diri
- Kenapa Anwar membisu isu dana RM400 juta Melayu kena potong?
- Nik Amar ‘lipat’ Khairuddin
- Penduduk masih terkejut Anwar bertanding di Parlimen Tambun
- Tidak tercalon: Jika benar pejuang ‘otai’, mereka tidak akan sabotaj dan khianat parti
- Janji Manifesto ‘Kitab Suci’ Hanya Untuk Menipu Rakyat
- Tanpa Mahathir, Anwar dan Muhyiddin Malaysia tidak akan mati!
- Lembu, babi putus kepala dibaham pak belang
- Shahidan tutup bilik gerakan Arau
- ‘Raja playboy’ menuju ke perkahwinan ke 88
- Gadis tular yang ditumbuk didakwa sebagai adik, abang tumbuk kerana marah tinggalkan ibu sakit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS
Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir
Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’