Kerusi PAS di Tumpat ‘tergugat’ kerana status Che Lah
Salah sebuah kerusi yang dilihat sebagai kawasan putih buat PAS di Kelantan dilaporkan membuat bantahan senyap apabila pemimpin mereka disebut-sebut tidak lagi dicalonkan untuk PRU kali ini.
Memetik sumber yang tidak didedahkan, Sinar Online mendakwa jentera pilihan raya PAS Tumpat enggan bergerak seperti yang sepatutnya.
Hal itu kerana penyandang kerusi berkenaan, Che Abdullah Mat Nawi, dipercayai tidak menjadi pilihan PAS untuk PRU akan datang, sebaliknya mahu mengetengahkan muka baru.
Kata sumber itu lagi, mereka juga diberitahu anak Kelantan di perantauan juga keberatan untuk pulang mengundi pada 19 Nov selepas dimaklumkan Che Abdullah mungkin tidak diturunkan.
Dakwa sumber itu lagi mereka tidak akan berbuat demikian – seperti kelaziman sebelum ini – jika PAS Kelantan gagal mengatasi kemelut tersebut.
“Biasanya petugas parti akan terus bersemangat sebaik sahaja parlimen dibubarkan, namun ‘aura’ itu semakin padam selepas nama Che Lah (Che Abdullah) dikatakan tidak tersenarai sebagai calon,” katanya.
Che Abdullah pernah dilantik ke jawatan penting dalam PAS Kelantan termasuk sebagai setiausaha perhubungan negeri dan exco Kelantan.
Selepas PH dijatuhkan melalui Langkah Sheraton, dia dilantik menjadi timbalan menteri pertanian dan industri makanan. Bagaimanapun dia tergugur apabila jawatan perdana menteri bertukar daripada Muhyiddin Yassin kepada Ismail Sabri Yaakob.
Che Abdullah memenangi kerusi parlimen Tumpat dengan kelebihan 17,500 undi pada 2018 dengan mengetepikan pencabar dari BN dan Bersatu/PH.
Kata sumber itu lagi, mereka difahamkan PAS Kelantan mahu membawa calon dari luar untuk menggantikan Che Abdullah dan langkah tersebut “membingungkan” mereka.
“Ingat, Tumpat adalah salah satu deposit tetap PAS di Kelantan.
“Kalau mahu BN menawan Tumpat, silakan gugur nama Che Lah dan kami istiqamah dengan keputusan tidak akan bekerja untuk parti serta (enggan) keluar mengundi,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Annuar beri bayangan pertahan Ketereh atas tiket parti lain
- Tugas saya bantu BN menang – Khairuddin
- Pornografi punca pelakon Vaishali Takkar bunuh diri
- Kenapa Anwar membisu isu dana RM400 juta Melayu kena potong?
- Nik Amar ‘lipat’ Khairuddin
- Penduduk masih terkejut Anwar bertanding di Parlimen Tambun
- Tidak tercalon: Jika benar pejuang ‘otai’, mereka tidak akan sabotaj dan khianat parti
- Janji Manifesto ‘Kitab Suci’ Hanya Untuk Menipu Rakyat
- Tanpa Mahathir, Anwar dan Muhyiddin Malaysia tidak akan mati!
- Lembu, babi putus kepala dibaham pak belang
- Shahidan tutup bilik gerakan Arau
- ‘Raja playboy’ menuju ke perkahwinan ke 88
- Gadis tular yang ditumbuk didakwa sebagai adik, abang tumbuk kerana marah tinggalkan ibu sakit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir
Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’