Pukul, paksa pelajar masuk kumpulan haram, 7 ditahan

Pukul, paksa pelajar masuk kumpulan haram, 7 ditahan

Polis menahan tujuh remaja lelaki berusia 16 hingga 18 tahun kerana disyaki terlibat memukul dan memaksa pelajar sekolah menyertai kumpulan haram di sekitar Kajang pada Jumaat dan Ahad lepas.

Ketua Polis Kajang Mohd Zaid Hassan berkata penahanan itu susulan polis menerima dua laporan berhubung kejadian pukul melibatkan pelajar sekolah di kawasan Bandar Sungai Long, Kajang.



Beliau berkata dalam kejadian pertama, seorang pelajar berusia 13 tahun didatangi sekumpulan pelajar lelaki dari sekolah sama sebelum dua daripada mereka bertindak memukul mangsa termasuk menggunakan sebatang besi kira-kira 12 tengah hari pada 16 Mei lepas.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya dalam kejadian kedua pada 17 Mei, seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun didatangi sekumpulan lelaki yang mengajaknya menyertai kumpulan Geng 24 ketika sedang makan bersama rakan-rakannya di sebuah restoran di kawasan Bandar Mahkota Cheras.

Beliau berkata tiga suspek kemudian bertindak memukul mangsa dan rakannya menggunakan kerusi plastik selepas menolak ajakan tersebut sehingga mengalami kecederaan di kepala dan tangan.



Zaid berkata kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat Insp Muhammad Nazirulzahin Mohd Hashim di talian 017-8881475 dan Insp Raziman Rasid (019-4565502). FMT

Pukul, paksa pelajar masuk kumpulan haram, 7 ditahan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker