Pendakwarayaan Terpilih
Pendakwarayaan Terpilih
1. Dr Mahathir sengaja buat-buat tidak tahu mengenai pendakwarayaan terpilih.Selepas kemenangan PH, antara langkah Dr Mahathir ialah cuba membubarkan parti UMNO.
Tujuan berbuat demikian agar semua ahli UMNO akan beralih pindah ke parti Bersatu.
2. Malah tujuan parti Bersatu ditubuhkan adalah untuk menggantikan parti UMNO. Dalam setiap kempen Dr Mahathir, seringkali menyatakan UMNO tidak lagi relevan. Pelbagai tohmahan terhadap pemimpin dan parti UMNO.
3. Tujuannya adalah untuk menghasut agar ahli UMNO sendiri membenci parti berteraskan Melayu yang telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara.
4. Usaha terdesak Mahathir apabila meminta saya membubarkan UMNO. Mahathir ketika itu adalah Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri.
5. Berderau darah saya mendengar kata-kata tersebut. Maka, apabila saya diminta agar melompat parti, meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu maka dengan tegas saya tolak permintaan Dr Mahathir untuk bubarkan UMNO.
Baca Artikel Menarik:
- Manifesto BN dalam PRU15 bertema ‘Kestabilan dan Kemakmuran’
- Hanya kerajaan stabil dapat pulih kesan dasar buruk Mahathir – pengurus dana
- Mahathir bertanding lagi kerana gagal ‘sediakan’ Mukhriz
6. Saya tidak akan mengkhianati parti UMNO walaupun ketika itu UMNO sedang tewas ramai wakil rakyat UMNO yang lompat parti, menjauhkan diri dan menganggap UMNO tidak akan mampu kembali menjadi kerajaan.
7. Tidak lama selepas saya tidak bersetuju UMNO dibubarkan, saya terpaksa membayar harga yang tinggi dengan pendakwarayaan terpilih dikenakan 87 tuduhan rasuah.
Saya tidak pernah berganjak seinci pun mempertahankan UMNO.
8. Kalaulah saya akur untuk membubar UMNO dan melompat parti saya tidak akan dikenakan apa-apa. Bebas daripada pendakwaan terpilih.
9. Hal ini kerana terdapat beberapa ahli Parlimen yang melompat parti dan meninggalkan UMNO/BN untuk menyertai PPBM kerana takut akan disiasat SPRM meskipun menerima wang 1MDB.
Saya pernah ketengahkan perkara ini di mahkamah sebelum ini.
10. Insya Allah, saya tetap berdiri tegak mempertahankan parti UMNO tanpa gentar pendakwaaan terpilih ini.
11. Manusia boleh merancang tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. Marilah kita berdoa kepada Allah subhanahu Wa Ta’ala agar kita berjaya lawan kezaliman dan penganiayaan musuh politik BN yang cuba memusnahkan UMNO.
#BeraniKeranaBenar
#LawanKebatilan
#TegakkanKebenaran
#KestabilanPolitik
#NegaraBerdaulat
You must be logged in to post a comment.