Shahril Samad Didakwa, Penerima Dana 1MDB Pulau Pinang Tidak Didakwa Pula

Oleh Tun Teja

PENDAKWAAN terpilih dikatakan menjadi amalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). Siasatan Petugas Khas terhadap buku bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ menguatkan lagi dakwaan berkenaan.

Kini persoalan mengapa 350 penerima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari Pulau Pinang yang dikatakan menerima wang lebih RM780 juta tidak didakwa oleh kerajaan 22 bulan PH sedangkan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad pula didakwa.

UMNO Pulau Pinang telah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan perkara tersebut. Majoriti penerima dana yang tidak didakwa itu daripada Pulau Pinang.

Mengapa Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan ketika itu senyap. Rafizi juga senyap. Dan yang paling penting, mengapa Tommy Thomas tidak siasat dan dakwa 350 penerima dana tersebut. Kenapa orang UMNO seperti Shahril Samad sahaja yang didakwa. Pendakwaan terpilih ini menunjukkan hipokrasi penganiayaan terhadap rakyat Malaysia yang berlainan parti daripada PH.

PH hanya cenderung menganiaya individu yang dianggap sebagai musuh mereka sahaja. Mereka tidak pernah ada sebarang visi membantu rakyat dalam pemerintahan 22 bulan tersebut. Rakyat disuruh ikat perut. Malah rakyat diminta menderma kepada kerajaan PH. Penduduk Malaysia ketika itu dilihat bagai jatuh ditimpa tangga apabila PH menang PRU14 dan membentuk kerajaan.

Pada 30 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi penguat kuasa segera melaksanakan siasatan lanjut bagi menyiasat kemungkinan salah laku Thomas, berhubung pelbagai dakwaan yang terkandung dalam buku dihasilkannya.

Berdasarkan siasatan, pasukan petugas itu telah mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku berkenaan kepada empat isu utama iaitu dakwaan ke atas Badan Kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak sah, salah guna kuasa serta kecuaian profesional; dan kenyataan berbaur hasutan.

Ini bermakna segala pendakwaan terhadap pemimpin UMNO sepanjang PH dan PN memerintah merupakan pendakwaan terpilih yang melibatkan kemungkinan salah laku Thomas dalam dakwaan ke atas Badan Kehakiman, pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan, tindakan tidak sah, salah guna kuasa serta kecuaian profesional dan kenyataan berbaur hasutan. Dengan kata lain segala pendakwaan terpilih zaman 22 bulan PH diragui.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker