Bubar Parlimen Pun Anthony Loke Cuba Mainkan Isu Perkauman

Oleh Tun Teja

JIKA diamati naratif yang sedang dibawa oleh Pakatan Harapan (PH) sejak kebelakangan ini berkisar mengenai rasis. Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli bercakap menjurus kepada rasis, begitu juga dengan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Rafizi mendakwa kononnya parti UMNO sengaja memainkan sentimen perkauman dalam membangkitkan isu siasatan ke atas buku tulisan bekas peguam negara, Tommy Thomas. Dakwaan Rafizi tersebut dilihat sangat berniat jahat memandangkan siasatan akan tetap dijalankan ke atas Tommy tanpa mengira latar belakangnya.

Jelas Rafizi cuba bermain dengan naratif perkauman dengan mendakwa Pemuda Umno menggunakan isu itu sebagai modal meraih sokongan orang Melayu.

Anthony Loke juga dilihat cuba bermain dengan sentimen perkauman dengan menghasut jika Parlimen dibubarkan pada bulan ini, bermakna Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan ketika masyarakat India hendak menyambut Deepavali.

Setiausaha Agung DAP itu juga dilihat bagai menyimbah minyak dalam api dengan menghasut jika PRU-15 dilangsung pada bulan Januari pula, ketika itu masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baharu Cina dan jika pada bulan April, masyarakat Islam akan menyambut Hari Raya.

Dengan kata lain, DAP mahu PRU-15 diadakan mengikut tarikh yang mereka pilih bukannya tarikh yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kepada Yang DiPertuan Agong. Siapa PM sebenarnya? Kerajaan Campuran yang ada sekarang berada dalam keadaan carca marba kerana PN dan PH terlalu campurtangan dalam semua keputusan PM sehingga menyukarkan pentadbiran negara. Akhirnya kestabilan politik yang penting untuk pertumbuhan ekonomi gagal dilaksanakan sehingga menakutkan para pelabur.

Malah sebelum ini juga Anthony Loke menuduh kononnya keputusan MKT Umno bahawa PRU15 mesti diadakan dalam masa terdekat membelakangkan kuasa budi bicara Yang Di-Pertuan Agong dalam soal pembubaran parlimen.

Hakikatnya apa yang berlaku tidak seperti tuduhan pemimpin PH itu. Berdasarkan keputusan UMNO, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Tidak timbul langsung isu penderhakaan terhadap Agong.

Hasutan demi hasutan yang dibuat oleh PH dilihat boleh mengancam keselamatan negara. Rakyat tahu siapa penghasut dan siapa pembela nasib mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker