Ibu terkejut lihat Ruhaizat terbujur

Johor Bahru: “Hanya Allah yang tahu perasaan seorang ibu melihat anaknya terbaring dalam keadaan menyayat hati,” kata Samsinar Bujang, 63.

Ibu mangsa bunuh di Majidee berkata, keluarganya menyedari kejadian menimpa anak lelakinya, Ruhaizat Rusli, 26, pada jam kira-kira jam 6 pagi selepas azan subuh hari ini.

Menurutnya, ahli keluarganya mendengar bunyi wanita menjerit meminta tolong.



Katanya, apabila meninjau di luar rumah, ahli keluarganya mendapati Ruhaizat terbaring kaku.

“Kali terakhir saya berbual dengan Ruhaizat pada jam 3 pagi, ketika itu saya ke dapur untuk minum air kerana badan berasa panas dan tidak dapat tidur lena.

“Ketika itu isteri Ruhaizat ke tandas dan memintanya membawa sabun. Ruhaizat yang melihat saya terjaga juga bertanya sama ada saya dalam keadaan baik dan sengaja memanggil saya sebanyak tiga kali sebelum saya sambung tidur,” katanya.

Jangan terkejut jika UMNO beri sokongan kepada Anwar – Tajuddin



Bagaimanapun, Samsinar berkata, ketika bangun pada jam 6 pagi untuk ambil wuduk terkejut terdengar suara wanita menjerit meminta tolong.

“Anak-anak saya juga terjaga dan meninjau ke luar rumah. Kami terkejut melihat Ruhaizat dalam keadaan seumpama itu dan kami terus membawanya ke hospital dengan kereta.

“Malangnya Ruhaizat tidak dapat diselamatkan, saya sedih melihat keadaannya termasuk memiliki kesan kelar dan kecederaan di dada,” katanya.



Samsinar berkata, dia masih keliru mengapa ada orang bertindak begitu terhadap Ruhaizat.

“Ruhaizat yang juga anak bongsu daripada lima beradik seorang yang penyayang.

Sementara itu, abang sulung mangsa, Rudiriadi Rosli, 41, berkata adiknya yang bekerja kilang bercuti semalam kerana mengalami sakit kaki.

“Kami berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang mengakibatkan kematian adik kami,” katanya ketika ditemui.



Tun Mahathir, Anwar disaran bersara untuk selesai kemelut politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker