Saya tiada kuasa, terpulang kepada SPRM – Tok Mat

Saya tiada kuasa, terpulang kepada SPRM – Tok Mat

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan sekali menegaskan beliau tidak mempunyai kuasa untuk ‘mengheret’ pihak yang dikatakan bersalah dalam kelewatan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Ketika sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat petang ini, Mohamad menyerahkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Siasatan akan terus dibuat dan ia di luar bidang kuasa Kementerian Pertahanan.

“Kementerian telah beri kerjasama kepada SPRM untuk siasat dan mendakwa, siapa sahaja yang terlibat dengan penyalahgunaan kuasa.

“Saya tidak ada kuasa terpulang kepada agensi kami telah beri kerjasama dan akan terus berikan kerjasama,” kata beliau.

Mohamad turut menolak tuntutan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor agar projek itu ditangguhkan sementara siasatan dijalankan.

Menurut Mohamad, pembinaan LCS perlu dipercepatkan kerana keadaan pertahanan negara ‘terdedah’.

Beliau juga berkata, Kementerian Pertahanan turut menyerahkan kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan mengenai perjanjian penyelesaian antarabangsa.

“Ada satu kaveat untuk mereka sebelum setuju tandatangani agreement perlu surat indemnity supaya mereka tidak dipersalahkan.

“Itu isu kita amat keberatan, kita akan merujuk kepada Peguam Negara supaya mereka putuskan.

“Kementerian tak bersetuju indemnity dibuat kerana siapa yang tersabit… tersabitlah,” kata Mohamad tegas.

Sementara itu, beliau berkata, kementerian akan membawa sekali lagi ke mesyuarat Jemaah Menteri berhubung keputusan perolehan LCS sama ada ia dikekalkan kepada enam atau lima unit dalam tempoh terdekat.

Mohamad berkata, walaupun keputusan untuk mengurangkan perolehan LCS kepada lima sudah diputuskan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada April lalu, namun kementerian itu berasakan wujudnya keperluan untuk ia dibawa semula sekali lagi melalui pentadbiran baharu Kerajaan Perpaduan.

“Mengenai asas dalam keputusan pengurangan perolehan LCS daripada enam kepada lima, butiran terperinci berkaitan dengan projek LCS akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat.

“Terpulang kepada mesyuarat Jemaah Menteri sama ada bilangannya kekal enam atau dikurangkan kepada lima,” katanya. MG

Saya tiada kuasa, terpulang kepada SPRM – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker