Najib sekolahkan Syed Saddiq dalam isu kontraktor kroni LCS

Najib sekolahkan Syed Saddiq dalam isu kontraktor kroni LCS

Ahli Parlimen Muar Syed Sadiqq perlu menjelaskan kroni siapa yang memiliki syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. yang membina kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia.

Persoalan itu dilemparkan selepas Syed Saddiq melalui video Tik Tok mendakwa pembinaan LCS dibuat oleh sebuah syarikat kroni.

“Sekarang saya jawab Tiktok propaganda Syed Saddiq pula. Saya akan jawab melalui beberapa post di FB sebab saya tak mahu naik bot kecil untuk buat video macam dia.

“Nak tanya adik. Syarikat Boustead milik LTAT itu ialah kroni siapa? LTAT ialah kroni Najib ke?” sindir Najib.

Menurut Najib, Boustead Naval Shipyard milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)

Lembaga itu ditubuhkan pada bulan Ogos 1972 sebagai badan berkanun di bawah Akta Tabung Angkatan Tentera 1973.

LTAT adalah organisasi dana pencen untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia.

“Jika tak bagi projek terus ke Boustead/LTAT maka nak beri projek kepada siapa dalam Malaysia ataupun nak beri kepada syarikat asing untuk bina kapal perang kita? Beri kepada Vincent Tan ke?

“Boustead milik Lumut Dockyard untuk buat kapal. Siapa lagi dalam Malaysia memiliki dockyard untuk membina kapal perang?” tanya Najib.

Menurut Najib, projek berkenaan diberikan kepada Boustead supaya segala keuntungan projek akan beralih kepada tabung anggota tentera tersebut.

Tambah Najib, melalui projek itu Boustead boleh meningkatkan kepakaran tempatan untuk membina kapal dan kos-kos bagi kapal yang ditambah serta kos penyelenggaraan adalah lebih murah selepas itu.

“Jika diberi kepada kontraktor asing untuk bina sepenuhnya maka kepakaran tempatan untuk membina kekuatan perang kita tidak dapat dibina.

“Warga tempatan tak dapat kerja dan syarikat pembekal tempatan tidak mendapat manfaat,” jawab Najib.

Dalam TikToknya, Syed Saddiq mendakwa terdapat tiga perkara ajaib dalam isu projek LCS TLDM.

Antaranya beliau mendakwa, Kerajaan BN mengutamakan ‘syarikat kroni’ yang membina LCS berbanding teguran yang telah dibuat oleh bekas Panglima Tentera Laut.

“Kedua Kerajaan BN utamakan kroni kontraktor daripada teguran Panglima Tentera Laut. Bukan sekali dua 10 surat teguran fungsi, teknologi, dari design Sigma ke Gowind semua nasihat panglima di bakul sampahkan sahaja.

“Kroni kontraktor dijulang kontraktor dibuang. Yang akan bawa kapal nanti navy kita bukan kontraktor kroni kamu,” kata Syed Saiddiq dalam TikTok yang dilakukan di atas sebuah perahu kecil.

Sebelum ini Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati Kajian daya maju yang dilakukan oleh kerajaan terhadap syarikat Boustead untuk pembinaan enam kapal LCS TLDM gagal mengesan masalah kewangan syarikat berkenaan.

Ia dibuktikan apabila kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu. MG

Najib sekolahkan Syed Saddiq dalam isu kontraktor kroni LCS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker