Andainya BN Kalah Lagi Dan Anwar Jadi PM
Oleh Tun Teja
Pilihanraya Umum ke 15 (PRU 15) akan diadakan pada bila-bila masa sahaja setelah parlimen dibubarkan kelak. Semua jentera pilihanraya berada dalam keadaan siap sedia.
Bayangkan seandainya Barisan Nasional (BN) kalah lagi, Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan dan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, apakah kemungkinan yang akan berlaku?
1. Ismail Sabri akan dipenjarakan
2. Mahathir akan dipenjarakan
3. Tiada perebutan jawatan Presiden UMNO
4. Lebih ramai pemimpin UMNO dipenjarakan
5. UMNO diharamkan
6. Parti komponen BN akan berpecah
7. UMNO tiada wang untuk bangkit semula
8. Ketua SPRM dari PH
9. Peguam Negara dari PH
10. Ketua Hakim Negara dari PH
Jika kita tidak mahu perkara ini berlaku maka semua pihak harus pastikan BN menang besar dalam PRU15.
Semalam tarikh PRU15 antara topik dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri selain tumpuan kepada persediaan menghadapi banjir. Sebelum itu, Ismail Sabri berkata cadangan untuk mengadakan PRU15 dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri tersebut.
Beliau akan membawa pendapat semua pihak berhubung bila PRU15 patut diadakan. Ironinya jika Ismail Sabri turut membawa pendapat PH dalam menentukan tarikh PRU15 memandangkan PH sememangnya mahu pilihanraya diadakan tahun hadapan kerana mereka masih belum benar-benar bersedia buat masa sekarang.
Jika PRU15 diadakan pada tahun hadapan bermakna BN sedang bersedia untuk kalah dan menjadi pembangkang sekali lagi. Kemungkinan 10 perkara diatas berlaku sangat tinggi. Adakah Ismail Sabri sudah bersedia untuk dipenjarakan? Adakah Mahathir juga bersedia masuk penjara? Adakah kita bersedia UMNO diharamkan?
You must be logged in to post a comment.