Pekerja menang cabutan bertuah bercuti dengan bergaji penuh selama setahun

Lelaki itu terkejut sehingga sukar mempercayai kemenangannya. – Mothership

Seorang lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat di Shenzhen, China memenangi hadiah 365 hari cuti bergaji semasa majlis makan malam tahunan yang dianjur oleh majikannya, lapor laman berita Mothership hari ini.

Lelaki itu dirakam memegang kadbod besar tertera perkataan ‘cuti bergaji 365 hari’ pada 9 April lalu.

Dia dikatakan memegang jawatan di bahagian pengurusan semasa kemenangannya.

Video itu dimuat naik ke aplikasi Weibo manakala butiran kemenangan itu dijelaskan oleh siaran media China.



Acara cabutan bertuah itu diadakan sebagai cara untuk pekerja menghilangkan tekanan tambahan pula, acara makan malam itu sudah tidak diadakan selama tiga tahun.

Hanya satu hadiah besar disediakan iaitu hadiah cuti begaji, manakala hadiah lain agak sederhana.

Seorang wanita menjelaskan bahawa syarikat itu memberikan pilihan kepada pemenang untuk menukar hadiah itu kepada wang tunai atau menggunakannya.

Kemenangan itu sangat mengejutkan sehingga sukar untuk dipercayai.



Pemenangnya berkali-kali mempersoalkan sama ada hadiah itu benar. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru



Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker