Sheera Iskandar selamat bernikah lagi

Sheera Iskandar selamat bernikah lagi

Kuala Lumpur: Pelakon Sheera Iskandar menikah lagi dan  menamatkan status janda apabila sah bergelar isteri kepada Mohd Halim Abdul Gani, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, jam 6.09 petang, hari ini.

Pasangan Sheera Iskandar dan Mohd Halim Abdul Ghani dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Firudz Saderi.

Pada majlis itu, Halim menyerahkan mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.

Sheera, 36, atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar berkata, majlis diadakan secara tertutup dengan dihadiri 70 tetamu termasuk ahli keluarga bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas ini mula bertemu suaminya ketika penggambaran drama terbabit.

Sheera mengakui tidak menyangka suaminya memulakan salam perkenalan sedangkan dia merahsiakan statusnya sebagai janda ketika itu.

“Apa yang paling buat saya terharu ialah keluarganya tidak melihat saya sebagai janda dan bertanya kisah silam saya,” katanya.

Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid pernah berkahwin dengan Abdullah Harun, 36, pada Ogos 2015, dan bercerai pada hujung 2018.

Penerbit drama Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Fatimah Ismail serta pelakon drama ini, Abby Abadi dan Salina Saibi turut hadir meraikan pasangan terbabit.

Sumber : Harian Metro

Selebriti Ini Pilih Anggota Polis Sebagai Pasangan Hidup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker