Iran guna pengecaman wajah kesan wanita tak pakai hijab

Iran guna pengecaman wajah kesan wanita tak pakai hijab

Kerajaan Iran merancang untuk menggunakan teknologi pengecaman wajah di pengangkutan awam bagi mengenal pasti wanita yang tidak mematuhi undang-undang baharu mengenai pemakaian hijab.

Langkah itu dibuat ketika rejim Iran meneruskan tindakan keras punitif terhadap kod pakaian wanita.

Setiausaha Ibu Pejabat Iran untuk Menggalakkan Kebajikan dan Mencegah Maksiat, Mohammad Saleh Hashemi Golpayegani mengumumkan cadangan itu dalam satu temubual baru ini-ini.

Jelasnya, kerajaan merancang menggunakan teknologi pengawasan terhadap wanita di tempat awam berikutan dekri baharu mengenai peraturan pakaian wanita ditandatangani oleh Presiden, Ebrahim Raisi.

Dekri itu ditandatangani pada 15 Ogos lalu, sebulan selepas sambutan `Hari Hijab dan Kesucian’ yang mencetuskan bantahan dan protes dalam kalangan wanita di seluruh negara.

Malah, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pihak berkuasa Iran bertindak balas dengan melakukan sejumlah tangkapan, penahanan dan pengakuan paksa di televisyen.

Pemakaian hijab diwajibkan selepas revolusi Iran pada tahun 1979.

Beberapa wanita yang ditahan melanggar dekri baharu itu, dikenal pasti selepas video tular menunjukkan mereka diganggu ketika menaiki pengangkutan awam hanya kerana tidak memakai hijab dengan betul.

Sementara itu, penyelidik di Universiti Twente di Belanda, Azadeh Akbari berkata, kerajaan Iran sudah lama mempertimbangkan idea menggunakan pengecaman wajah bagi mengenal pasti individu yang melanggar undang-undang.

“Rejim ini menggabungkan bentuk kawalan totalitarian ganas yang kuno dalam teknologi baharu,” katanya. Utusan

Iran guna pengecaman wajah kesan wanita tak pakai hijab


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker