Banjir Iboi: Ambil tindakan segera

Banjir Iboi: Ambil tindakan segera

ALOR SETAR: Pertubuhan Kebajikan Amal Iboi (PKAI) mendesak dan merayu pihak berkuasa kerajaan negeri dan Persekutuan segera mengambil tindakan pantas bagi mengelak kejadian banjir di Kampung Iboi dan kawasan penduduk berdekatan Sungai Kupang.

PKAI dalam kenyataannya, berkata sehingga semalam sudah tiga kali banjir berlaku, namun masih tiada apa-apa lagi tindakan yang jelas diambil untuk mengurangkan risiko bencana berjalan.

Katanya, hanya pasir yang bertimbun di atas tanah dijarah keluar tetapi pasir termendap di dasar masih dibiarkan manakala tinggalan puing-puing yang masih dibersihkan, kembali masuk ke rumah penduduk.

“Semalam hanya selepas 30 minit hujan lebat, kepala air mula turun dengan laju dan menyebabkan Jambatan Bailey di Kampung Iboi ditenggelami air. Jambatan bailey yang hanya tinggi tidak sampai satu meter dari permukaan air, selepas tragedi banjir lalu telah menjadi empangan sementara.

“Aliran air yang kuat berserta puing-puing yang turun bersama telah mengakibatkan tiang elektrik dan jambatan menjadi senget, menanti dihanyutkan air sahaja. Trauma dan perit penduduk Kampung Iboi dan sepanjang Sungai Kupang yang baru sahaja reda sedikit, kini kembali memuncak.

“Segala bantuan dan peralatan yang baru diterima juga musnah. Pagar tanaman musnah, binatang ternakan mati kelemasan, dan peralatan lain rosak ditenggelami air. Sampai bila kami perlu menanggung seksa dan derita begini,” katanya.

Semalam, hujan lebat kira-kira jam 5 petang menyebabkan kenaikan paras Sungai Kupang dan menenggelamkan Jambatan Bailey di Kampung Iboi.

Air sungai melimpah dengan cepat dipercayai akibat tebing pasir pecah dihanyutkan air deras.

Menurut kenyataan itu, cadangan tindakan susulan bagi jangka masa pendek hasil Laporan Kajian Bencana Geologi Banjir Puing 2022 pada muka surat 55 dan 56 perlu disegerakan tindakannya.

Katanya, jangan hanya memaksa penduduk dan mangsa banjir untuk menerima hasil kajian berkenaan tetapi pihak kerajaan tidak melaksanakan tindakan cadangan yang diutarakan oleh pakar terbabit.

“Segala tandak dan kolam takungan air di puncak gunung perlu segera dimusnahkan, selain hentikan projek ladang durian Musang King daripada terus berjalan.

“Segerakanlah Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat punca bencana ini dan membawa yang bersalah ke muka pengadilan.

“Jangan asyik menyalahkan kejadian alam dan hujan lebat yang tidak mempu besuara mempertahankan diri mereka,” katanya. BH

Banjir Iboi: Ambil tindakan segera


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker