Zaid bidas Tommy Thomas
Zaid bidas Tommy Thomas
Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim membidas kenyataan bekas peguam negara, Tommy Thomas yang menyifatkan barisan peguam Najib Razak ‘membunuh diri’ dan seperti ‘kamikaze’ kerana tidak membuat hujahan bagi pihak bekas perdana menteri itu.
Sebaliknya, kata Zaid, gelaran ‘kamikaze’ lebih sesuai diberikan kepada Thomas kerana mendakwa beliau mengakibatkan masalah tuntutan Sulu terhadap aset negara bernilai berbilion ringgit.
“Dia (Thomas) kata peguam-peguam najib ni macam ‘suicidal’ dan ‘kamikaze’, sebab dia kata mana ada dalam (negara) Komanwel peguam tidak mahu membuat hujahan bagi pihak kliennya (anak guam), membuat hujah mempertahankan klien sehinggakan klien terpaksa masuk penjara.
“Sebenarnya tajuk ‘kamikaze’ ini lebih sesuai kepada Tommy Thomas, saya panggil dia peguam negara ‘kamikaze’ sebab dialah kita ada masalah tuntutan-tuntutan Sulu yang telah membahayakan aset negara berbilion ringgit, inilah kamikaze peguam negara kita,” katanya dalam hantaran video di Facebook.
Zaid juga mencabar Thomas supaya membuat penjelasan mengenai kenyataannya yang mendakwa beliau tidak dapat mendakwa bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz yang dikatakan menerima wang dari 1MDB dengan alasan siasatan belum selesai.
Katanya, Thomas memberi alasan itu ketika dia masih lagi memegang jawatan peguam.
“Betulkah ini Tommy (Thomas)? Anda pasti? Kamu sendiri berkata yang kamu tahu mengenai tuduhan-tuduhan ini, kamu mengakuinya.
“Singapura telah mendakwa Zeti dan keluarganya pada 2018, pada tahun itu dia (Singapura) dah tahu penglibatan Zeti dan Jho Low dalam 1MDB, kamu sebagai peguam negara a patut tahu kerana kamu hanya meletak jawatan pada 2020.
“Kalau nak bagi alasan bagi alasan yang munasabahlah,” katanya.
Dalam video itu juga, Zaid turut mempersoalkan peranan Thomas dalam melantik ketua hakim ketika beliau masih memegang jawatan peguam negara.
Katanya, Thomas dalam memoir beliau memberitahu, yang beliau telah membantu bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, untuk melantik ketua hakim.
“Saya nak tanya Tommy (Thomas), proses pelantikan hakim ini tertakluk kepada suruhanjaya pelantikan kehakiman, nama hakim yang dibawa naik untuk dipersetujui, direstui oleh duli yang maha mulia (Yang di-Pertuan Agong) mestilah datang daripada suruhanjaya pelantikan kehakiman. FMT
Zaid bidas Tommy Thomas
Baca Artikel Menarik:
- Dakwaan gangguan seksual Puteri Balqis disiasat polis
- Rumah hantu pandu lalu, mesti cuba (Video)
- Ajak UMNO kerjasama dengan Pas, bukti pro Bersatu tersepit
- EP Blueshark dapat kelulusan JPJ
- KJ atau Tok Mat, pengundi Rembau tetap undi BN
- Berjumpa abang kandung selepas 58 tahun terpisah
- Netizen Dakwa Nora Danish Kantoi Edit Gambar Bagi Pinggang Nampak Lentik
- Demi cinta, jarak usia 21 tahun bukan penghalang
- Penoreh getah jadi bapa ayam ‘jual’ janda Indonesia
- Video atlet berjalan dalam air secara terbalik raih 54 juta tontonan
- Duda, janda didakwa bergaduh, lempar tahi ayam
- Bomoh Rusia Mengaku Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat
- Takiyuddin mesti minta maaf kepada UMNO Kedah – Shaiful Hazizy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual
You must be logged in to post a comment.