PAS runding dalam gelap MN dengan pemimpin Umno ada pengaruh
PAS runding dalam gelap MN dengan pemimpin Umno ada pengaruh
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan rundingan Muafakat Nasional (MN) ada dibincangkan secara rasmi dan tidak rasmi di peringkat tertentu walaupun tanpa pengetahuan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, bagaimanapun enggan mendedahkan siapa dan di peringkat mana dalam Umno perbincangan itu berlaku, namun pemimpin terlibat “mempunyai jawatan” dan berkeupayaan “mempengaruhi keputusan” pucuk pimpinan Umno.
“Apabila kita kata bincang dengan Umno tak semestinya dengan pemimpin-pemimpin tertentu mungkin akan sampai ke arah itu, tetapi macam biasalah kita buat perundingan di peringkat tertentu yang tak perlu kita ‘disclosed’ (dedahkan),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Muktamar Tahunan PAS ke-68.
“Pemimpin yang kita rasa tak semestinya boleh buat keputusan, tetapi boleh menuju ke arah perbincangan lebih rasmi dan mempunyai ‘standing’ berbincang dengan kita.”
Semalam, Mohamad mengingatkan pemimpinnya supaya tidak mengadakan “rundingan dalam gelap” susulan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa kedua-dua parti sedang berunding melibatkan pimpinan parti hingga ke peringkat akar umbi.
Katanya, beliau sendiri tidak mengetahui siapakah individu dari Umno seperti dimaksudkan Hadi yang sedang menjalankan rundingan dengan partinya.
Hadi dalam sidang media selepas perasmian muktamar, di Kompleks Pas Kedah, di Alor Setar, semalam, menyatakan rundingan antara Umno dan PAS ketika ini masih berjalan. FMT
PAS runding dalam gelap MN dengan pemimpin Umno ada pengaruh
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO
- Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful
- Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH
- Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
- PRU-15 bapa segala pilihan raya
- Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan
- Rundingan 27 kerusi Parlimen hidupkan semangat MN – Khairuddin
- Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
- Eyka Farhana semakin berani berpakaian seksi
- Anna Jobling bakal berhijrah ke Indonesia?
- Cikgu potong rambut, bersih kepala pelajar dipenuhi kutu hidup [VIDEO]
- Pas beri UMNO 30 hari
- Ini luahan isi hati Peguam Rosmah selepas anak guam dijatuhkan hukum
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3
Soo Wincci rasa tenang masuk masjid
You must be logged in to post a comment.