OPR naik lagi minggu ini?

OPR naik lagi minggu ini?

Penganalisis ekonomi berpandangan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia bakal mengumumkan keputusan untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas selepas bermesyuarat pada Rabu dan Khamis ini.

Hal ini akan meningkatkan OPR daripada 2.25 peratus kepada 2.5 peratus. Kali terakhir OPR dinaikkan ialah pada 6 Julai lalu.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, beliau berpandangan terdapat keperluan untuk menaikkan OPR setelah mengambil kira kadar inflasi yang tinggi, iaitu pada paras 4.4 peratus pada Julai 2022.

“Sebelum ini pun BNM pernah menaikkan OPR sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada Mei, Julai dan Ogos 2010, masing-masing kenaikan sebanyak 25 mata asas.

“Ini berlaku selepas krisis ekonomi global yang berpunca daripada krisis gadai janji subprima di Amerika Syarikat (AS) dan saya percaya hal sama akan berulang,” katanya ketika dihubungi.
K Online

OPR naik lagi minggu ini?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker