Najib dalam keadaan baik, hadir mahkamah ikuti bicara 1MDB

Najib dalam keadaan baik, hadir mahkamah ikuti bicara 1MDB

Walaupun diletakkan dalam pemerhatian selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur semalam, Datuk Seri Najib Razak hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, hari ini untuk mengikut perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.

Najib memakai sut warna gelap diiringi pegawai penjara memasuki bilik Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.



Turut berada di mahkamah hari ini ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau dilihat berada dalam keadaan baik di dalam kandang tertuduh.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disahkan sabitan oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu dengan tuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Semalam, akhbar melaporkan, pegawai khasnya memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Pekan itu berada dalam keadaan stabil selepas melalui semua pemeriksaan perubatan yang diperlukan.



Namun punca beliau dimasukkan ke hospital masih menjadi tanda tanya kerana tidak didedahkan kepada umum.

Perbicaraan 1MDB hari ini mendengar keterangan bekas Setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari (BPKA) Kementerian Kewangan ketika itu, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa yang disoal balas oleh peguamnya. BH

Najib dalam keadaan baik, hadir mahkamah ikuti bicara 1MDB


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker