Lelaki larikan pesawat, ugut rempuh pasar raya
Lelaki larikan pesawat, ugut rempuh pasar raya
Mississippi – Seorang petugas lapangan terbang di Tupelo, Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas didakwa melarikan sebuah pesawat ringan dan mengugut untuk merempuh sebuah pasar raya, lapor akhbar The Sun semalam.
Suspek, Cory Patterson dari negeri Mississippi, turut memuat naik ucapan ‘selamat tinggal’ di laman Facebook dan memohon maaf atas tindakannya.
Dia bagaimanapun berjaya dipujuk oleh polis untuk tidak meneruskan niat asalnya dan pesawat tersebut akhirnya mendarat di sebuah padang akibat kehabisan bahan api kerana selepas mengelilingi Tupelo selama lima jam.
Pejabat Syerif Daerah Benton mengesahkan bahawa pesawat itu mendarat dengan selamat dan suspek telah ditahan tanpa kekerasan.
Dia telah didakwa dengan rompakan besar-besaran dan membuat ancaman pengganas serta mungkin akan menghadapi pertuduhan persekutuan, kata Ketua Polis Tupelo, John Quaka.
Suspek dipercayai mencuri pesawat jenis Beechcraft King Air 90 sekitar pukul 5.08 pagi (waktu tempatan), semalam, dan mula terbang mengelilingi Tupelo.
Pihak berkuasa berkata, pada kira-kira pukul 5.23 pagi (waktu tempatan), dia mengancam untuk merempuh pasar raya Walmart di Tupelo dengan sengaja. K Online
Lelaki larikan pesawat, ugut rempuh pasar raya
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO
- Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful
- Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH
- Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
- PRU-15 bapa segala pilihan raya
- Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan
- Rundingan 27 kerusi Parlimen hidupkan semangat MN – Khairuddin
- Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
- Eyka Farhana semakin berani berpakaian seksi
- Anna Jobling bakal berhijrah ke Indonesia?
- Cikgu potong rambut, bersih kepala pelajar dipenuhi kutu hidup [VIDEO]
- Pas beri UMNO 30 hari
- Ini luahan isi hati Peguam Rosmah selepas anak guam dijatuhkan hukum
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3