Jokowi dibidas rakyat Indonesia kerana naikkan harga minyak

JAKARTA: Pengumuman Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengenai kenaikan harga minyak petrol kelmarin mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.

Kebanyakannya berpendapat, tindakan itu tidak wajar ketika ekonomi rakyat masih belum pulih sepenuhnya akibat pandemik Covid-19, malah kadar pengangguran juga masih tinggi.

Namun, Jokowi menegaskan langkah itu (kenaikan harga petrol) merupakan pilihan terakhir yang boleh dilakukan kerajaan.

Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dari Parti Demokrat, Irwan menyifatkan Jokowi ‘mengabaikan suara rakyat’.

“Kenaikan harga bahan bakar bersubsidi ini merupakan satu bentuk pengabaian dan tidak peduli oleh kerajaan terhadap kesusahan rakyat ketika ini,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Irwan menilai, Jokowi sebenarnya ‘menambah masalah’ dan bukannya memenuhi amanat Perlembagaan untuk mensejahterakan rakyat.

Tegasnya, kenaikan harga petrol akan mengheret kenaikan sektor lain, terutamanya barangan makanan yang merupakan keperluan asas rakyat.

Turut senada, anggota DPR dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Mulyanto yang menyifatkan kerajaan tidak ambil peduli masalah yang dihadapi masyarakat.

“Kami amat kecewa dengan keputusan tersebut. Masyarakat akan semakin menderita, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah,” ujarnya.

Selain itu, Pengarah Pusat Pengajian Ekonomi dan Undang-Undang (Celios), Bhima Yudhistira turut melihat keputusan itu sebagai tidak tepat.

Katanya, pelbagai pihak perlu melakukan kenaikan harga untuk seiring dengan kenaikan harga bahan bakar, atau mereka perlu menanggung kerugian yang besar.

“Persoalannya, adakah rakyat sudah bersedia dengan semua ini? Sedangkan sebelum ini pun ramai yang terjejas akibat Covid-19,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker