BN tanding solo jika rundingan kerusi dengan GRS gagal

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Sabah akan bergerak solo pada pilihan raya umum jika rundingan pembahagian kerusi dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menemui jalan buntu, kata timbalan pengerusinya, Yakub Khan.

Katanya, perbincangan sudah diadakan, namun belum mendapat kata putus sehingga kini.

“Kalau mendapat persetujuan sama rata, kalau ada persefahaman, insyaAllah kita akan kerjasama, tetapi kalau tidak ada persefahaman, BN bersedia bertanding bersendirian,” katanya menurut Awani.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) di Sabah hanya membabitkan 25 kerusi Parlimen memandangkan negeri itu sudah mengadakan pilihan raya negeri, pada September 2020.

Kerajaan Sabah ditadbir gabungan GRS dan BN yang menewaskan Warisan dan Pakatan Harapan (PH), pada pilihan raya negeri itu.

GRS dianggotai Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker