Wanita terima ijazah semasa koma

Suami Yu, Hou memegang ijazahnya ketika bergambar bersama ibu bapa dan bayinya, Sunny. – NCA NewsWire/ Glenn Campbell
Share on facebook

CANBERRA – Seorang wanita yang bergelut dengan kanser otak menerima sijil ijazah sarjana ketika berada dalam keadaan koma di sebuah hospital di Australia, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Anna Yu, 28, menerima ijazah sarjana perakaunan dari Universiti Charles Darwin (CDU) kelmarin selepas menghabiskan tempoh belajar selama dua tahun.

Yu menghabiskan masa enam bulan lalu untuk melawan sejenis kanser otak yang jarang berlaku selepas dia melahirkan anak pertamanya pada Februari lalu.

Pada Jun lalu, Yu didiagnosis dengan glioblastoma multiforme (GBM) iaitu sejenis tumor yang agresif dan berkembang pesat dalam batang otaknya (stem brain). Doktor menemui tumor bersaiz 10 sentimeter (sm) di tulang belakangnya.

Suami Yu, Will Hou berkata, isterinya kemudian koma akibat diserang sawan selepas mengalami demam panas.

CDU memaklumkan Hou bahawa ijazah isterinya akan diserahkan kepadanya di hospital dalam apa yang disifatkan sebagai ‘peristiwa penting’.

Semasa Yu berbaring di katil hospital dengan memakai jubah graduasi, ibu bapa dan bayi perempuannya menangis. Dia tidak dapat bergerak sendiri, membuka mata atau memenelan tetapi masih mendengar.

Kakitangan hospital di CDU menangis ketika dan meraikan pencapaian luar biasa Yu.

Dengan menjalani rawatan penting, Yu diberitahu dia hanya mempunyai baki tiga hingga enam bulan untuk hidup.

“Apabila saya berkongsi berita gembira ini (mengenai ijazah) dengan jururawat dan doktor, mereka semua menangis dan mereka sangat teruja,” katanya.

GBM biasanya muncul pada orang yang berumur dalam lingkungan  60-an dengan kebarangkalian tiga dalam 100,000 orang. Malangnya, kadar kelangsungan hidup bagi pesakit menurun daripada 40 peratus pada tahun pertama selepas diagnosis kepada hanya 17 peratus pada tahun kedua. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker