Wanita maut, lebih 100 menderita dipatuk ular berbisa dalam banjir di Pakistan

 

Penduduk bersiap sedia meninggalkan rumah mereka yang dinaiki air berikutan hujan lebat di daerah Charsadda di Khyber Pakhtunkhwa pada 29 Ogos lalu. – AFP

ISLAMABAD – Seorang wanita meninggal dunia secara tragis selepas dipatuk seekor ular berbisa di Pakistan ketika banjir besar terus memusnahkan negara itu, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Kematian wanita itu berlaku selepas lebih 100 yang lain menderita akibat dipatuk ular semasa banjir.

Wanita itu dilaporkan dipatuk ular di rumahnya di daerah Nowshera, wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Situasi banjir menyebabkan mangsa tidak dapat menerima rawatan perubatan kecemasan tepat pada masanya dan dia meninggal dunia, lapor portal berita UrduPoint.

Tidak jelas mengenai spesies ular yang menyerang wanita itu, tetapi Pakistan adalah rumah kepada beberapa reptilia berbisa termasuk ular beludak, tedung dan krait.

Memandangkan patukan ular berbahaya untuk tubuh manusia, ia memerlukan rawatan kecemasan kerana tidak boleh ditangani tanpa penawar anti-racun. Dalam sesetengah kes, racun ular boleh menyebabkan kerosakan tisu badan yang membawa kepada amputasi.

Tambahan pula, kelangsungan hidup seseorang bergantung kepada seberapa cepat mangsa menerima rawatan.

Kematian wanita itu bukanlah satu kes terpencil kerana Pakistan merekodkan lebih 134 kes patukan ular semasa banjir melanda negara itu.

Jabatan Kesihatan wilayah Khyber Pakhtunkhwa telah mengeluarkan amaran kepada penduduk tempatan mengenai kehadiran hidupan liar di tengah-tengah banjir kerana ular dan serangga boleh muncul di tempat yang tidak dijangka.

Ada kemungkinan banjir itu menyebabkan ular lebih gelisah dan mematuk lebih ramai orang daripada biasa. – Agensi

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker