Umno Kedah tak dapat jemputan ke muktamar, Jamil Khir jawab Takiyuddin
Umno Kedah tak dapat jemputan ke muktamar, Jamil Khir jawab Takiyuddin
Umno Kedah menafikan menerima sebarang jemputan daripada PAS untuk menghadiri Muktamar PAS ke-68, yang diadakan di negeri itu.
Ketuanya, Jamil Khir Baharom, berkata dakwaan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang mengatakan tiada respon Umno bagi jemputan itu sebagai kenyataan tidak benar dan dikhuatiri mengelirukan orang ramai.
“Adalah penting bagi pihak Umno negeri Kedah untuk menjelaskan bahawa situasi ini dengan sejelas-jelasnya supaya tiada persepsi buruk yang tidak diingini wujud kelak.
“Umno Kedah juga ingin menzahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan tidak benar yang dikeluarkan setiausaha agung PAS tersebut,” katanya di Facebook.
Terdahulu, Takiyuddin mengesahkan tiada pemimpin Umno hadir pada muktamar parti itu walaupun sudah diundang.
Beliau berkata, undangan itu sudah diedarkan kepada semua peringkat pimpinan parti dari presiden hingga majlis kerja tertinggi termasuk pimpinan Umno di Kedah, namun tidak berbalas.
Kelibat pemimpin Umno tidak kelihatan pada perhimpunan terpenting PAS pada kali ini, selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat penampilan pertama ke Muktamar PAS ke-64, di Terengganu pada 2018. FMT
Umno Kedah tak dapat jemputan ke muktamar, Jamil Khir jawab Takiyuddin
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO
- Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful
- Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH
- Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
- PRU-15 bapa segala pilihan raya
- Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan
- Rundingan 27 kerusi Parlimen hidupkan semangat MN – Khairuddin
- Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
- Eyka Farhana semakin berani berpakaian seksi
- Anna Jobling bakal berhijrah ke Indonesia?
- Cikgu potong rambut, bersih kepala pelajar dipenuhi kutu hidup [VIDEO]
- Pas beri UMNO 30 hari
- Ini luahan isi hati Peguam Rosmah selepas anak guam dijatuhkan hukum
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3
Soo Wincci rasa tenang masuk masjid