Tiga polis Kanada didakwa tembak mati bayi 18 bulan

Tiga polis Kanada didakwa tembak mati bayi 18 bulan

OTTAWA – Tiga pegawai penguatkuasa undang-undang Kanada berdepan pertuduhan membunuh kerana menembak mati seorang bayi berusia 18 bulan pada 2020, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Jameson Shaprio ditembak mati pada November 2020 ketika beberapa anggota Polis Wilayah Ontario (OPP) cuba menahan trak dipandu bapanya di bandar Tasik Kawartha, demikian menurut akhbar The Peterborough Examiner.

Mereka mendakwa bahawa lelaki itu telah menculik anaknya sendiri dari sebuah rumah di Trent Lakes, kira-kira 40.2 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Insiden berlaku apabila bapa berusia 23 tahun itu memandu trak dan merumpuh kenderaan polis di sekatan jalan raya, menyebabkan anggota penguatkuasa, Chris Dobbs cedera ketika memasang penghadang jalan.

Pergaduhan berlaku selepas kemalangan dengan tiga anggota polis melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu, menyebabkan Jameson dan bapanya terbunuh.

Pengarah Unit Siasatan Khas Polis Wilayah Ontario, Joseph Martino memberitahu bahawa terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa ketiga-tiga anggota polis melakukan kesalahan jenayah berhubung kematian bayi itu.

Konstabel Nathan Vanderheyden, Kenneth Pengelly dan Grason Cappus masing-masing didakwa atas tuduhan membunuh dan kecuaian jenayah menyebabkan kematian.

Mereka perlu ke mahkamah di Lindsay pada 6 Oktober akan datang untuk perbicaraan kes, lapor akhbar itu.

Halaman GoFundMe telah disediakan untuk membantu ibu Jameson, Tara Shapiro yang bergelut membesarkan dua lagi anak autistik sebagai ibu tunggal. K Online

Tiga polis Kanada didakwa tembak mati bayi 18 bulan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker