Polis Minta Tangguhkan Aktiviti Rekreasi Di Kawasan Berisiko Kepala Air
Polis Minta Tangguhkan Aktiviti Rekreasi Di Kawasan Berisiko Kepala Air
KUALA BERANG: Orang ramai terutama masyarakat setempat dinasihatkan supaya menangguhkan seketika aktiviti riadah di kawasan rekreasi seperti air terjun dan sungai yang berisiko dilanda kepala air.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata ia berikutan kepala air merupakan satu fenomena yang tidak dapat dijangka dan tanda-tanda sebelum berlakunya kejadian tersebut sukar dikenal pasti terutama bagi mereka yang kurang berpengalaman.
“Bukan kami tutup terus tetapi kepala air merupakan keadaan yang tidak dapat dijangka kerana ia mungkin berlaku jauh di tempat lain dan tanda-tanda itu lambat sampai untuk kita terima dan sekiranya berlaku ia memberikan impak yang besar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Produk Inovasi Kumpulan Inovasi dan Kreatif (Amphibia Qber II) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu di Pengkalan Lawit, Tasik Kenyir dekat sini semalam.
Pada Jumaat, seramai 32 individu termasuk 13 kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Lata Ulu Kasar, Sungai Tong di Setiu.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Afandi Hussin berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, fenomena kepala air tersebut melanda tempat orang ramai beriadah, mandi-manda dan berkhemah sehingga menyebabkan enam kereta turut terperangkap.
Dalam pada itu Rohaimi menyeru kepada majlis daerah atau pihak berkaitan supaya menjalankan penguatkuasaan dan meletakkan papan tanda mengenai amaran kepala air serta memaklumkan kepada orang ramai sekiranya keadaan memerlukan sesuatu kawasan itu perlu ditutup.
“Kami juga cadangkan kepada pihak tertentu untuk memasang siren kecemasan supaya dapat dimaklumkan awal kepada orang ramai mengenai kejadian kepala air, berbanding ketika ini siren amaran lebih digunakan untuk kawasan berisiko banjir,” katanya.– BERNAMA
Polis Minta Tangguhkan Aktiviti Rekreasi Di Kawasan Berisiko Kepala Air
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO
- Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful
- Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH
- Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
- PRU-15 bapa segala pilihan raya
- Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan
- Rundingan 27 kerusi Parlimen hidupkan semangat MN – Khairuddin
- Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
- Eyka Farhana semakin berani berpakaian seksi
- Anna Jobling bakal berhijrah ke Indonesia?
- Cikgu potong rambut, bersih kepala pelajar dipenuhi kutu hidup [VIDEO]
- Pas beri UMNO 30 hari
- Ini luahan isi hati Peguam Rosmah selepas anak guam dijatuhkan hukum
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3