Pas umpama pegang ayam terlepas, tangan bau tahi
Pas umpama pegang ayam terlepas, tangan bau tahi
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyelar kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa partinya masih berunding dan mempunyai hubungan dengan UMNO peringkat akar umbi tanpa melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau menegaskan, kenyataan tersebut adalah andaian liar dan dangkal.
“Saya lihat tindakan Pas ini tidak ubah seperti cuba memegang ayam terlepas, namun tangan berbau tahi yang cuba mengganggu kesepaduan perjuangan UMNO namun diri sendiri yang mendapat malu.
“Mana tidak malunya, apabila akar umbi UMNO masih kekal setia bersama Presiden UMNO dalam setiap perancangan dan tindakan politik,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Abdul Hadi membuat kenyataan itu dalam Muktamar Tahunan Pas di Kota Sarang Semut, Kedah semalam.
Shaiful Hazizy menambah, keputusan UMNO untuk bergerak solo adalah keputusan bersama parti, keputusan di peringkat bahagian, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan telah jelas disuarakan di dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.
Menurut beliau, Presiden UMNO tidak akan membuat keputusan sendiri tanpa musyawarah sesama ahlinya.
“Saya bersama akar umbi UMNO masih ingat lagi, penghinaan sinis Pas yang menyindir UMNO umpama itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah sembuh. Seolah-olah ketika itu, mereka sudah cukup kebal memperlekeh dan menjadikan UMNO modal jenaka.
“Namun saya hairan, belum sampai setahun tiba-tiba mengaku masih mempunyai hubungan politik dan akan terus berunding dengan UMNO. Mungkin sudah hilang kekebalan Pas dan mula merencana mencari peluang mengekalkan kuasa,” jelasnya.
Shaiful Hazizy berpandangan, Pas seharusnya berhenti berharap dan sebalik parti itu perlu memandang ke depan serta jangan melihat perkara yang lalu.
Beliau menasihatkan agar Pas melihat hala tuju bersama sekutu baharunya, Perikatan Nasional (PN) dan terus memikirkan cara untuk terus dilindungi ‘katak-katak politik’ yang terdesak untuk kekal relevan.
“Saya memohon Abdul Hadi untuk berhenti mencipta naratif bahawa Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan kesatuan ummah, hakikatnya Pas sendiri telah membunuh semangat piagam Muafakat Nasional (MN) apabila mereka membuat keputusan untuk menyertai PN,” katanya.
Shaiful Hazizy turut mencabar Abdul Hadi untuk mendedahkan ‘musang berbulu ayam’ dalam UMNO yang berunding dengan Pas tanpa melibatkan Ahmad Zahid.
Beliau berkata, sekiranya Abdul Hadi gagal berbuat demikian, kenyataannya boleh dianggap sebagai rekaan bagi mengganggu kesepaduan UMNO. MG
Pas umpama pegang ayam terlepas, tangan bau tahi
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO
- Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful
- Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH
- Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
- PRU-15 bapa segala pilihan raya
- Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan
- Rundingan 27 kerusi Parlimen hidupkan semangat MN – Khairuddin
- Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
- Eyka Farhana semakin berani berpakaian seksi
- Anna Jobling bakal berhijrah ke Indonesia?
- Cikgu potong rambut, bersih kepala pelajar dipenuhi kutu hidup [VIDEO]
- Pas beri UMNO 30 hari
- Ini luahan isi hati Peguam Rosmah selepas anak guam dijatuhkan hukum
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3