Suu Kyi dihukum penjara tiga tahun atas penipuan ketika pilihan raya
Suu Kyi dihukum penjara tiga tahun atas penipuan ketika pilihan raya
Mahkamah junta Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Aung San Suu Kyi atas tuduhan melakukan penipuan dalam pilihan raya, lapor media tempatan pada Jumaat.
Pemimpin yang digulingkan itu disabitkan bersalah atas dakwaan menipu ketika pilihan raya oleh Majlis Perang Melawan Keganasan, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan Khit Thit Media.
Bulan lalu, mahkamah junta menjatuhkan hukuman penjara enam tahun kepada bekas Kaunselor itu.
Dia sebelum ini disabitkan dengan enam pertuduhan lain pada Disember, Januari dan April.
Suu Kyi sehingga ini disabitkan dengan hukuman penjara yang tempohnya berjumlah 20 tahun selepas tentera menggulingkan kerajaannya pada Februari tahun lalu.
Pada Jun lepas, rejim tentera memindahkannya ke penjara dan menempatkannya dalam kurungan perseorangan.
Selepas rampasan kuasa pada 24 Februari 2021, Suu Kyi telah menjalani hukuman tahanan di rumah sehingga April lepas, dan kemudian dipindahkan ke lokasi yang tidak diketahui tetapi dipercayai Penjara Naypyitaw.
Dia menghadapi berpuluh pertuduhan, termasuk rasuah, dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada April.
Kerajaan Suu Kyi telah digulingkan pada 1 Februari 2021 dalam rampasan kuasa tentera selepas memenangi pilihan raya kebangsaan pada November 2020.
Orang ramai mengecam tindakan penyingkiran dan rampasan kuasa oleh tentera. Sejak itu, junta telah membunuh lebih 1,500 orang yang menentang pemerintahan junta, menurut Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik, sebuah kumpulan pemantau tempatan. MG
Suu Kyi dihukum penjara tiga tahun atas penipuan ketika pilihan raya
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO
- Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful
- Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH
- Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
- PRU-15 bapa segala pilihan raya
- Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan
- Rundingan 27 kerusi Parlimen hidupkan semangat MN – Khairuddin
- Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
- Eyka Farhana semakin berani berpakaian seksi
- Anna Jobling bakal berhijrah ke Indonesia?
- Cikgu potong rambut, bersih kepala pelajar dipenuhi kutu hidup [VIDEO]
- Pas beri UMNO 30 hari
- Ini luahan isi hati Peguam Rosmah selepas anak guam dijatuhkan hukum
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3
Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin