Kerajaan setuju beri terus tablet Peranti Siswa kepada pelajar – Ismail
5
Kerajaan setuju beri terus tablet Peranti Siswa kepada pelajar – Ismail
Kerajaan bersetuju untuk memberi terus tablet Peranti Siswa kepada semua pelajar tanpa perlu memulangkan semula peranti itu apabila tamat pengajian.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat maklum balas yang memberangsangkan semasa sesi pertemuan antara Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa bersama wakil Majlis Perwakilan Pelajar, pada 15 Ogos, supaya tablet itu diberikan terus sekiranya mendapat keputusan cemerlang.
“Justeru, pada hari ini sukacita saya mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi terus peranti yang berupa sebuah tablet berjenama terkenal ini kepada semua penerima,” katanya semasa berucap melancarkan Inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia, di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Beliau berkata, ia berbeza dengan pengumuman inisiatif Peranti Siswa sebelum ini menggunakan Konsep Guna Pakai (KGP), di mana mahasiswa perlu serahkan semula peranti setelah tamat pengajian.
“Pemberian peranti ini adalah sebagai penghargaan dan diharapkan menjadi pemangkin bagi penerima Peranti Siswa untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang.
“Selain itu, dalam usaha memastikan lebih ramai golongan pelajar dan remaja memperoleh akses internet untuk pembelajaran talian dari rumah tanpa kekangan data,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail berkata, kerajaan juga bersetuju untuk memanjangkan tempoh pendaftaran pakej remaja Keluarga Malaysia.
Katanya, pakej prabayar mampu milik khusus untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah itu telah diperkenalkan bermula Oktober 2021, yang sepatutnya tamat, pada Okt ini.
“Keputusan pemanjangan tempoh ini diharapkan memberi peluang kepada lebih ramai remaja dan pelajar untuk melanggan pakej remaja Keluarga Malaysia yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan meluaskan lagi penganjuran Program Jualan Keluarga Malaysia ke kampus pengajian tinggi untuk memastikan kebajikan mahasiswa terpelihara.
Katanya, penganjuran Program Jualan Keluarga Malaysia di kampus dapat mengurangkan beban mahasiswa terhadap tekanan harga barangan yang tinggi. FMT
Kerajaan setuju beri terus tablet Peranti Siswa kepada pelajar – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO
- Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful
- Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH
- Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
- PRU-15 bapa segala pilihan raya
- Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan
- Rundingan 27 kerusi Parlimen hidupkan semangat MN – Khairuddin
- Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
- Eyka Farhana semakin berani berpakaian seksi
- Anna Jobling bakal berhijrah ke Indonesia?
- Cikgu potong rambut, bersih kepala pelajar dipenuhi kutu hidup [VIDEO]
- Pas beri UMNO 30 hari
- Ini luahan isi hati Peguam Rosmah selepas anak guam dijatuhkan hukum
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3