India lancar INS Vikrant, kapal pengangkut pesawat pertama buatan tempatan

NEW DELHI – India  melancarkan kapal pengangkut pesawat buatan tempatan  pertama, INS Vikrant yang dibina dengan kos AS$2.5 bilion (RM11.1 billion), lapor portal berita MailOnline kelmarin.

INS Vikrant adalah kapal pengangkut pesawat  kedua India dan bakal menyertai INS Vikramaditya iaitu kapal induk  era Kesatuan Soviet yang dibeli dari Rusia pada 2004 untuk mempertahankan Lautan Hindi dan Teluk Benggala.

Pelancaran INS Vikrant berkait rapat dengan usaha keras untuk menghadapi armada tentera laut China yang semakin besar.



Kapal INS Vikrant sepanjang  262 meter itu direka oleh tentera laut India dan dibina di limbungan kapal Cochin, selatan negara itu.

Pelancarannya dirasmikan oleh Perdana Menteri, Narendra Modi selepas 75 tahun kemerdekaan negara itu daripada pemerintahan British.

“Ia (kelmarin) adalah hari bersejarah dan pencapaian penting. Inilah contoh usaha  kerajaan untuk menjadikan sektor pertahanan India semakin berdikari,” kata Modi.

Perkembangan baharu India itu  muncul ketika pesaingnya, China meluaskan kehadiran di Lautan Hindi dan Pasifik Barat dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini.



Tentera laut China sedang membina kapal dengan pantas dan kini mempunyai angkatan laut terbesar  dunia berdasarkan bilangan kapal. Pencapaian tersebut bertujuan untuk menyaingi armada tentera laut Amerika Syarikat (AS).

India  merupakan negara ketiga selepas Britain dan China yang merasmikan kapal pengangkut pesawat buatan tempatan dalam tempoh tiga tahun lepas.

Kapal induk itu adalah kapal perang terbesar yang dibina di India. Ia  dan boleh membawa seramai 1,600 kru  dan mengendalikan armada  kecil terdiri daripada 30 pesawat termasuk jet pejuang dan helikopter.

Kapal induk itu  mengambil masa 18 tahun untuk disiapkan selepas beberapa kali mengalami  kelewatan, menyebabkan kosnya meningkat kepada AS$2.5 bilion.



Kapal perang seberat 47,400 tan itu akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir 2023 selepas kali pertama menjalani ujian pendaratan dengan pesawat pejuang MiG-29K buatan Russia.

Wilayah Indo-Pasifik menjadi tegang kerana pertikaian China dengan negara jirannya termasuk Taiwan, Filipina, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Korea Selatan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker