Ganja punya hal, Singapura bimbang rakyat ulang-alik ke Thailand

SINGAPURA: Republik ini menzahirkan kebimbangan dengan langkah Thailand menghalalkan ganja kerana dikhuatiri lebih ramai orang akan keluar masuk ke negara ini dari Thailand.

Menteri Dalam Negeri, K Shanmugam berkata, pihak berkuasa Singapura akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat bukti jelas mengenai penggunaan dadah, tidak kira sama ada dadah itu diambil ketika berada di negara ini atau di luar negara.

“Adakah ia satu masalah? Sudah tentu akan menimbulkan lebih banyak cabaran kerana ganja yang lebih mudah diperoleh di Thailand dan negara tersebut dikunjungi ramai warga Singapura,” katanya.

Shanmugam berkata, hasil penyelidikan menunjukkan penggunaan ganja adalah berbahaya kerana menyebabkan ketagihan, selain menyebabkan kerosakan otak yang tidak dapat dipulihkan, pengecutan otak, penyakit mental dan psikiatri yang serius.

“Sesetengah syarikat farmasi dan pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai kepentingan berhujah ganja adalah ubat lembut dan kanabinoid mempunyai manfaat perubatan.

“Namun, sebenarnya mereka didorong oleh keinginan untuk buat duit kerana ia adalah industri yang menguntungkan,” jelasnya.

GANJA ATAS NASIHAT DOKTOR

Shanmugam yang juga Menteri Undang-Undang memberitahu penggunaan ganja di Singapura adalah dibenarkan dengan nasihat doktor bagi tujuan perubatan sahaja.

Selepas Thailand menghalalkan penjualan ganja Jun lalu, kerajaan negara itu kemudian terpaksa menanggung kesannya.

“Dalam masa seminggu, ganja terdapat di mana-mana sahaja baik dalam makanan, ubat gigi dan kuih-muih,” katanya.

Kerajaan Thailand berusaha menjadikan sekolah sebagai kawasan bebas ganja, larangan merokok di khalayak ramai serta mengharamkan penjualan ganja kepada ibu mengandung dan menyusu.

Namun, Shanmugam mempersoalkan bagaimana sekiranya ganja sudah berada di dalam biskut, minuman ringan dan ubat gigi.

“Bagaimana ada melindungi ibu yang menyusu? Bagaimana wanita hamil dilindungi? Bagaimana kanak-kanak kecil dan hendak mengawal semua ini? Jadi, sudah tentu terdapat kesukaran dalam aspek kawalan sebaik sahaja kebenaran ganja diluluskan,” katanya.

SINGAPURA BEBAS DADAH

Ditanya kajian Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedang menyelidik dan mengkaji untuk menghalalkan ganja perubatan, Shanmugam berkata, langkah itu akan memberi kesan kepada Singapura.

“Jika Malaysia menghalalkan ganja atau dadah lain, sudah tentu akan jadi lebih mencabar daripada aspek penguatkuasaan undang-undang dan kita cuba pastikan Singapura bebas dadah.

“Ini kerana, aliran masuk rakyat Malaysia ke Singapura lebih besar berbanding Thailand,” katanya.

Mengulas adakah Singapura akan mengikut jejak langkah Malaysia dalam aspek perundangan, Shanmugam menjelaskan aspek undang-undang negara tidak berfungsi seperti begitu.

“Kita melihat penyelidikan dan sains serta tidak buat keputusan sendiri.

“Malah, undang-undang kami tidak selalu kelihatan seperti undang-undang Malaysia dan dasar kami tidak kelihatan seperti dasar Malaysia. Kami akan menyimpang bila perlu,” jelasnya.-CNA

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker