Bodoh, bangang punya netizen – Peja

Bodoh, bangang punya netizen – Peja

Status berbaur perkauman seorang pengguna media sosial terhadap seorang daripada pemain badminton wanita negara membuatkan Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu berang dan marah dengan tindakan itu.

Beliau menyifatkan status pengguna media sosial itu sebagai bangang dan bodoh kerana tidak tahu menggunakan bahasa yang baik.

“Ada dalam kalangan warga Malaysia kita ini, dia umpama setandan pisang. Ada yang elok dan ada yang buruk, dan ada juga warga kita yang bangang dan bodoh yang tidak tahu guna bahasa baik.

“Tidak kira keluarga Malaysia kita ini dari kalangan orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Murut, tidak mengira bangsa mereka berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia. Jadi jangan kita hina bangsa, kulit, agama dan siapa juga yang sudah berjuang untuk negara kita,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Terdahulu tular di media sosial seorang pemilik akaun Twitter yang memuat naik status bergambar dengan kata-kata berunsur perkauman terhadap salah seorang pemain badminton wanita negara.

Malam tadi, aksi memberangsangkan skuad muda badminton negara pada kejohanan Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland terhenti setakat peringkat separuh akhir selepas tumpas 1-3 kepada Jepun.

Ia kemenangan kedua Jepun ke atas Malaysia dalam edisi kejohanan berpasukan itu kali ini selepas menundukkan skuad negara 4-1 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan D, sebelum ini. FMT

Bodoh, bangang punya netizen – Peja


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker