Ada kemungkinan Maimun dipengaruhi secara tidak sedar oleh sentimen Zamani – Najib

Oleh Tun Teja

Perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang disambung hari ini semakin panas apabila Peguam Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan permohonan agar Tengku Maimun Tengku Mat menarik diri daripada prosiding berkenaan.

Sejak beberapa hari lalu viral di media sosial gambar kelibat yang dikatakan suami kepada Ketua Hakim Negara di dalam mahkamah ketika perbicaraan kes SRC berlangsung.



Laporan polis juga telah dibuat berkenaan perkara tersebut. Bekas Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman membuat laporan polis berkaitan dakwaan suami kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang merupakan pembenci bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Permohonan terhadap pengguguran ketua hakim negara itu difailkan berdasarkan maklumat yang diperoleh beberapa hari lalu.

Menurut salinan afidavit yang digunakan untuk menyokong permohonan tersebut, Najib berkata pada 17 Ogos lalu dia mendapat tahu mengenai hantaran didakwa dibuat suami Tengku Maimun, Zamani Ibrahim.

Hantaran bertarikh 11 Mei 2018 itu antara lain didakwa melahirkan rasa gembira Zamani apabila Datuk Seri Najib ‘digulingkan’ dalam PRU ke-14.



“Saya benar-benar percaya bahawa perkembangan ini amat membimbangkan memandangkan Zamani jelas mempunyai sentimen negatif terhadap kepimpinan saya di negara ini semasa saya menjadi perdana menteri dan membuat kesimpulan saya telah menyedut dana kerajaan ke akaun peribadi saya. Sebagai suami kepada pengerusi yang mengadili rayuan saya, berkemungkinan dia (Zamani) akan mempengaruhi pemikiran pengerusi mengenai dakwaan saya bersalah,” kata Datuk Seri Najib lagi.

Berdasarkan hubungan suami isteri tersebut, ada kemungkinan Tengku Maimun dipengaruhi secara tidak sedar oleh sentimen Zamani. Sebarang dapatan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan ke atas Datuk Seri Najib akan tertakluk kepada keraguan dan keputusan dibuat secara berat sebelah. Itu antara hujah yang diberikan oleh pihak Datuk Seri Najib.

Perkara tersebut juga akan menimbulkan keraguan orang awam terhadap kebebasan badan kehakiman negara.

Sebelum Mohd Nazlan Mohd Ghazali menghakimi perbicaraannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hakim terdahulu iaitu Sofian Razak telah menarik diri kerana dikatakan ada saudara lelakihya menjadi ahli Umno dan exco Pahang.



Ketika itu berapa pihak termasuk Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan menggesa Sofian menarik diri atas alasan ia mungkin dilihat gagal memberikan keadilan kepada tertuduh.

Oleh itu, Tengku Maimun wajar berpegang kepada piawaian yang sama seperti disarankan Majlis Peguam.

Malah hakim asal yang mendengar permohonannya untuk mendapatkan khidmat peguam diraja United Kingdom, Wan Ahmad Farid, juga menarik diri kerana abangnya seorang ahli Umno yang aktif.

Peguam utama Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik berhujah tindakan ketua hakim negara membenarkan penangguhan untuk “Walk of Justice” Badan Peguam adalah antara bukti berat sebelah Maimun dalam rayuan SRC International Najib Razak.



Penangguhan yang diberikan untuk acara itu, bagi menyokong hakim Nazlan Ghazali, yang mengetuai perbicaraan SRC International di Mahkamah Tinggi, menunjukkan Maimun mungkin tidak dapat meneliti permohonan baharu Najib supaya beliau menarik diri dengan fikiran terbuka.

Oleh itu, ramai pihak berpendapat sudah sewajarnyalah Maimun digugurkan dari kes SRC tersebut.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker