Lagi mufti tolak pemberian ubat cegah HIV kepada LGBT

Lagi mufti tolak pemberian ubat cegah HIV kepada LGBT

Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor bersetuju dengan Jabatan Mufti Selangor berkaitan nasihat Jabatan Mufti Selangor yang melarang pemberian ubat PrEP (Pre-Exposure prophylaxis) untuk mencegah jangkitan HIV untuk golongan yang mengamalkan gaya hidup songsang.

Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pemberian ubat itu perlu dibatasi hanya kepada individu-individu yang sering berhubungan secara fizikal dengan pesakit HIV, contohnya isteri penagih dadah.



Beliau juga sependapat dengan Jabatan Mufti Selangor yang tidak bersetuju ubat pencegahan itu diberikan kepada pengamal LGBT.

“Ini seolah-olah menggalakkan lagi perbuatan keji itu menggalakkan lagi perbuatan keji yang mereka lakukan,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Wan Salim berkata, pendiriannya itu berpandukan kepada kefahaman agama yang dimiliki.

“Kita hidup dalam sebuah negara demokratik di mana setiap orang bebas mengeluarkan pandangan.



“Saya tiada kuasa untuk memaksa pandangan saya ke atas mana-mana individu atau pihak lain,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan CEO Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan Dan Sosial, Azrul Mohd Khalib yang menepis nasihat Jabatan Mufti Selangor itu yang dianggap sebagai tidak tepat dan mungkin mengelirukan orang ramai.

Pada 1 Dis lalu, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa ia sedang berusaha meningkatkan penggunaan PrEP dengan menyediakannya secara percuma di klinik kesihatan awam terpilih di negeri yang mempunyai jumlah kes tinggi bermula dari Januari 2023. FMT

Lagi mufti tolak pemberian ubat cegah HIV kepada LGBT



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu



Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker