Wanita dikecam bawa bayi 6 bulan daki gunung

Salah seorang pendaki wanita dilihat menggendong bayinya yang sedang tidur sambil mendaki di kawasan pergunungan dipenuhi pokok pine. – Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi mangsa kecaman netizen kerana membawa bayinya yang baru berusia enam bulan mendaki  gunung, lapor laman berita Berita Hits hari ini.

Berdasarkan klip video  dikongsikan di laman Twitter dan Instagram, sekumpulan pendaki dilihat berjalan menuruni sebuah kawasan pergunungan.

Salah seorang pendaki wanita dilihat menggendong bayinya yang sedang tidur sambil berjalan menuruni kawasan pergunungan dipenuhi pokok pine.

Dia yang turut ditemani suami,  menyelimutkan anaknya bagi mengelakkan bayi tersebut  kesejukan.

“Duit boleh dicari, bila lagi mahu bawa bayi enam bulan mendaki gunung untuk pertama kali?” demikian menurut keterangan pada hantaran tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dengan sesetengah netizen mengecam tindakannya, namun ada  juga yang menyokong wanita itu.

“Bagi saya, persekitaran dan pelbagai perkara lain di atas gunung belum tentu sesuai untuk bayi,” kata seorang netizen.

“Di luar negara, ramai ibu bapa  membawa bayi mereka naik gunung dan mengembara secara ‘backpacking’. Hal mereka jangan dicampur. Alhamdulillah jika tiada perkara buruk yang berlaku. Teruskan usaha anda,” kata seorang pengguna lain. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]

Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker