Mana ahli politik beragama Islam ketika Loh Siew Hong mahu memurtadkan anaknya

Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menyelar ahli politik beragama Islam yang mengkritik gabungan itu ketika mereka memperjuangkan isu penukaran agama Islam tiga orang anak mualaf, Muhammad Nagahswaran Muniandy.

Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Loh Siew Hong yang juga ibu kepada tiga kanak-kanak berkenaan untuk meneruskan permohonan bagi membatalkan penukaran agama Islam tiga orang anaknya yang dibuat oleh bekas suaminya.

Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahya, menyoal apakah pemimpin politik Islam masih mahu berlembut dalam isu itu.



“Kita mahu soal ahli-ahli politik beragama Islam, terutamanya yang teruk mengecam kami dahulu. Di manakah anda dalam hal ini?

“Apakah masih nak ‘berlemah lembut’ tak tentu pasal lagi? Atau apakah nak kena tunggu anak-anak ini betul-betul dimurtadkan baru nak tersedar?

“Ketika itu sudah sangat terlambat. Itu pun kalau tersedarlah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Loh berhubung penukaran agama yang dibuat bekas suaminya yang juga seorang mualaf.



Nagahswaran didakwa melarikan tiga anaknya dan menukar agama mereka tanpa pengetahuan dan kebenaran Loh, dua tahun lalu.

Dengan keputusan itu, mahkamah akan menetapkan tarikh bagi mendengar merit semakan kehakiman tersebut.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata ketika pihaknya menyuarakan kebimbangkan, mereka diserang bertali arus, malah dilabel sebagai ekstremis.

“Mereka kata ini sekadar isu hak penjagaan anak dan ancaman akidah hanyalah rekaan kami untuk menakut-nakutkan masyarakat.



“Kononnya Loh yang didokong oleh wakil-wakil rakyat dan peguam-peguam DAP itulah pejuang sebenar yang membela seorang ibu yang ditindas dan dinafikan hak.

“Seolah-olah merekalah yang terpaling harmoni dan ‘innocent’ walaupun telah banyak kenyataan yang agak celupar dikeluarkan,” katanya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]



Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]

Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker