Kerajaan luluskan RM5.6 bilion untuk sektor inovasi negara – Ismail

Kerajaan luluskan RM5.6 bilion untuk sektor inovasi negara – Ismail

Sebanyak 99 projek dan program Penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan serta inovasi (R&D dan C&I) dengan kos berjumlah RM5.6 bilion diluluskan untuk sektor inovasi negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, projek dan program terbabit diluluskan bagi tempoh 2021 hingga 2022 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).



Katanya, kerajaan sedar ekosistem yang kondusif penting dalam menggalakkan lebih banyak pelaburan bagi penghasilan perkhidmatan dan produk dengan menjadikan inovasi sebagai tumpuan utama.

“Seperti mana yang saya umumkan semasa pembentangan RMK-12, kita bermatlamat untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2025.

“Ini bermakna Malaysia perlu terus berubah dan berinovasi ke arah negara digital yang makmur dan berdaya tahan melalui pendigitalan, terima guna teknologi dan inovasi bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Persidangan Inovasi Malaysia 2022 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini. BH



Berita lanjut menyusul

Kerajaan luluskan RM5.6 bilion untuk sektor inovasi negara – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]



Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker