Ahli Parlimen dakwa Sabah, Sarawak jadi tong sampah untuk polis bermasalah
Ahli Parlimen dakwa Sabah, Sarawak jadi tong sampah untuk polis bermasalah
Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis berang dengan tindakan polis menukar sembilan anggotanya yang terlibat kes peras ugut bertugas di Sabah dan Sarawak.
Isnaraissah berkata, kedua-dua negeri berkenaan “bukan tong sampah” untuk menerima pegawai bermasalah.
“Tolonglah kerajaan persekutuan, Sabah dan Sarawak bukannya tong sampah.
“Sudahlah kami tertinggal dari segi infrastruktur, takkanlah dari segi perkhidmatan pun kamu kasi kami orang yang bermasalah,” katanya di Facebook.
Isnaraissah yang juga ketua wirawati Warisan mempersoalkan “sampai bila kami mahu maju” susulan pertukaran pegawai berkenaan.
“Henti layan kami seperti ini,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi, berkata sembilan anggota polis yang sebelum ini disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, mengenai pemilikan dadah telah ditempatkan bertugas di Sabah dan Sarawak.
Siasatan berkaitan semua anggota terdiri konstabel sehingga sub inspektor itu masih dijalankan secara terperinci.
Anggota bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, pada 29 Julai.
Semua anggota terbabit disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan selepas polis menerima laporan daripada pengadu pada 26 Julai. FMT
Ahli Parlimen dakwa Sabah, Sarawak jadi tong sampah untuk polis bermasalah
Baca Artikel Menarik:
- Penganggur maut ditetak ketika menjamu selera
- Perlantikan Timbalan Perdana Menteri tiada langsung keperluan
- DJ Lin kesal tindakan Fizi Ali
- ‘Serbuan’ ADUN Titi Serong, polis tahan 3 lelaki disyaki terbabit judi dalam talian
- Lelaki geram belasah teman wanita di pawagam kerana minta berpisah
- Budak lelaki masuk dalam kain, penyanyi wanita teruskan nyanyian
- Pesan nasi ayam, dapat lauk tikus ‘crispy’
- Ini punca mengapa adik Ainul Mardhiah tenat
- Serah Pada Allah dan Polis Je – Fazura
- Kak KM kena kecam goyang ‘aset’ rai kemenangan kes saman (Video)
- RM45,000 hilang ketika serbuan, pegawai dan 2 anggota polis ditahan
- Yusof Haslam minta Syamsul, isteri perbetul keadaan
- Mi segera, ini 10 fakta kenapa anda perlu elak beri anak makan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]
Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]
Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang